UUM Dalam Kenangan

June 15th, 2010

Alhamdulillah, kenapa UUM dalam kenangan walhal aku tak pernah jejak kaki ke UUM Sintok? Boleh tepat dikatakan UUM KL dalam kenangan, kerana hari ini aku telah mendapat keputusan akhir peperiksaan Semester Tiga untuk MHRM. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, walaupun aku tak mendapat 4 flat seperti yang diidamkan setelah mendapat result first semester, aku tetap memanjatkan syukur kepada Ilahi kerana memberikan aku peluang untuk belajar dengan lancar dan membolehkan aku mendapat A untuk 8 subjek dan A- untuk 2 Subjek.  Terima kasih kepada lecturers yang telah ku nyatakan nama dalam posting terdahulu, kerana memberikan markah yang bagus untuk aku. Walaupun en Ghaz dan Dr Fazly hanya memberikan aku A- untuk subjek HR Development dan Managing OSH, terima kasih tidak terhingga, kerana tidak memberikan aku B+, otherwise, drop gak la CGPA aku kalau tidak kerana A- daripada mereka berdua. So, daripada 10 subjek yang diambil, HR Management, Strategic HR Management, Industrial Relations, IT For Managers, Research Methodology, Managing Change, Legal and Ethics in HR, Organizational Behavior; 8 subjek ini secara ‘kebetulan’ aku mendapat A.

Selain daripada lecturers, semestinya aku amat terharu dengan pengorbanan daripada isteri tercinta, serta anak-anak yang sentiasa memahami. Bukan mudah sebenarnya untuk belajar terkejar-kejar nak habiskan master dalam masa setahun, di samping kerjaya yang terpaksa aku harungi juga. Semestinya, aku amat berterima kasih kerana mempunyai boss yang amat ‘caring’, Mazri Abd Rahim, seorang HR Director yang amat memahami kerana tidak ‘mengacau’ aku dan membolehkan aku balik kerja on time at 5.00pm sepanjang tempoh belajar.

Apa yang pastinya, kenangan kawan-kawan seperjuangan akan menjadi ingatan. Kami selalu lepak di kedai mamak di bangunan UUM KL, dan kakak-kakai indon begitu mesra melayan kami semua. Kini  hanya tinggal satu memori yang indah..especially bila ingatkan menu yang biasa di ‘order’ capati, roti nan serta ayam tandoori. Makanan kat situ tak ada lah best sangat pun..tapi bila berkumpul ramai-ramai, bab bergossip la yang dinanti-nanti. Pasti Jona, Kak Ira, Masliana, Rini, Fadzly T & M tidak lupa akan topik-topik hangat yang pernah dibicarakan.hehehh..

ok lah..setakat ini dulu coretan dari aku…kini menunggu untuk tarikh konvokesyen yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2010.

Wasalam.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku, UUM KL

Membaca Horoskop: Solat Tidak Diterima?

June 6th, 2010

Salam,

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam.

Perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta.”

Tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop? Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini. Golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak.

Kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Larangan Mempercayai Tukang Tilik

Dari Aisyah r.a. katanya : Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: “Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi: “Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.” (Hadis riwayat Muslim)

Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.

Allah telah berfirman yang maksudnya, “Katakanlah, ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.” (Surah an-Naml, ayat 65)

Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Shafiyah r.a., dari sebagian para isteri Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW sabdanya, “Siapa mendatangi tukang tenung, lalu dia menanya sesuatu kepada tukang tenung itu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.” (Shahih Muslim)

Taksub dengan ramalan

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.

Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan?

Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan… Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik…

Share/Save/Bookmark

admin Agama

Malaysia Muflis?

May 29th, 2010

Sibuk sekarang ini orang menceritakan pasal Malaysia akan muflis pada tahun 2019. Rata-rata keluar dalam surat khabar pada 28 Mei 2010 mengenai kajian yang dijalankan oleh Idris Jala pasal Negara kita akan muflis.  Jadi, apa langkah yang kerajaan Barisan Nasional akan ambil untuk elakkan Negara kita dari menjadi muflis?

(1) Kenaikan Harga Petrol

Kerajaan akan  dinaikkan harga petrol 10 sen seliter setiap enam bulan sementara harga LPG dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.  Inil laporan yang aku petik dari Surat Khabar Online:

28 Mei 2010- Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing 15 sen serta 10 sen bagi setiap liter untuk mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/27/mstar_berita/20100527213057&sec=mstar_berita

(2) Mengurangkan Pemberian Subsidi Dan Mengawal Pinjaman Sedia Ada.

  • Caj bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Wad kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.
  • Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan.
  • Pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/28/mstar_berita/20100527203431&sec=mstar_berita

Faktanya Orang Kaya Bertambah Kaya?

Saya ni bukan orang ekonomi, tak tahu apa-apa lah pasal ekonomi ni. Cuma teranya-tanya , kenyataan kerajaan akan muflis tahun 2019 nanti sebab tanggung subsidi RM 200 Billion. Tapi yang peliknya harta 40 orang terkaya di Malaysia naik 42 peratus kepada RM 168 Billion. Kalau tiap-tiap tahun 40 orang terkaya ni naik 40 peratus maknanya kita berilah 40 orang terkaya ini mentadbir Malaysia, sebab mereka tak muflis, kerajaan yang akan muflis. Kerana menjelang 2019 nanti kekayaan mereka mungkin mencecah RM 1 Trillion. Mereka ni rakyat Malaysia, bukannya rakyat asing, apa salah lantik 40 orang ini terus dalam Menteri Kabinet.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/27/mstar_berita/20100527164042&sec=mstar_berita

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia Naik 42 Peratus Kepada RM168 Bilion

Khamis  27 Mei  2010- Harta semua 40 individu terkaya negara kini bernilai AS$51 bilion (RM168 bilion), meningkat daripada AS$36 bilion (RM118b) tahun lepas, dan lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu sebanyak AS$46b (RM151b) yang dicatatkan pada 2008.

Menurut Forbes Asia dalam Senarai Terkaya Malaysia 2010 yang diterbitkan hari ini, kekayaan bersama mereka telah meningkat 42 peratus, didorong oleh pertumbuhan ekonomi negara.

Peningkatan keseluruhan kekayaan juga sejajar dengan kenaikan 32 peratus di Indeks Kompposit Kuala Lumpur dan kenaikan 11 peratus Ringgit Malaysia berbanding dolar AS sepanjang 12 bulan ini, kata Forbes.

Fakta Bukan Auta yang Perlu Anda Semua Renung-renungkan adalah seperti di bawah ini:

Kerajaan Menjalankan Dasar Jimat Cermat Dengan Belanja RM 8 Billion untuk bina kereta perisai , RM 1.6 Billion untuk beli helikopter.

Projek RM8 bilion kereta perisai (Utusan Online)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. Pembinaan kereta perisai itu adalah sebagai memenuhi tempahan yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan dengan 12 varian kegunaan. ”Kami menjangkakan unit pertama kenderaan itu dapat disiapkan dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Januari 2012

Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) DSA 2010 CATAT KONTRAK TERBESAR
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/4/19/mstar_berita/20100419104121

Kerajaan akan menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.
System Consultancy Sdn. Bhd. bagi membekal dan menyenggara sistem pemerintahan, kawalan, maklumat dan komunikasi (C3I) untuk ATM berjumlah RM86.4 juta.

SME Ordnance Sdn. Bhd. bagi pembekalan peluru untuk kegunaan ATM bernilai RM46.3 juta.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Sehubungan dengan itu, nak tarik subsidi , apa boleh buat. Tariklah. Buat apa nak dengar pandangan rakyat macam saya ini yang bukan sahaja tiada ijazah dalam Ekonomi, Diploma pun tak ada. Sama-samalah kita berjimat cermat. Mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Share/Save/Bookmark

admin Umum

Catatan Untuk Bulan Mei 2010

May 21st, 2010

Salam Jumaat,

Alhamdulillah, hari ini kita semua dikurniakan kesihatan yang sempurna. Syukur atas nikmat tak terhingga dari Ilahi, terutamanya mengurniakan nikmat yang dikecapi hari ini. Banyak perkara yang berlaku pada diri aku bulan Mei ini. Boleh katakan, semua perkara yang menggembirakan. Bulan ini aku rasakan amat relief, kerana selesai pengajian Master Human Resource Management di UUM. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku akan pergi ke UUM Sintok pada bulan Oktober untuk konvokesyen.

Selain daripada itu, aku juga amat gembira kerana pada bulan mei ini, kami Di Dutch Lady Milk Industries Berhad telah berjaya menandatangani Collective Agreement dengan Food Industry Employees Union. Ini ada CA yang ke 12 bagi Dutch Lady Milk Industries dan FIEU. Apa yang menggembirakan kami di sini, CA ini boleh conclude dengan  hanya dua seatings. Mungkin kerana generosity Dutch Lady yang memberikan salary adjustment untuk CA sebanyak 7.5%.

Selain daripada itu, apa yang berlaku di Bulan Mei ini adalah berita yang kami satu keluarga akan menerima ahli baru di awal tahun depan. Rezeki dari Ilahi yang amat tak terhingga ke atas keluarga kami. Nampaknya berderet lah susunan ahli keluarga kami, Haziq pada tahun 2004, Jauzil tahun 2008 , Jauni 2009 dan mungkin kali ini baby (hopefully baby Girl) akan lahir pada awal Januari 2011. Silap-silap lahir pada penghujung tahun 2010. Waallahua’Alam. Dengan itu, kali ini aku ingin berkongsi amalan yang baik untuk diamalkan oleh Ibu dan Bapa semasa ibu mengandung. Amalan ini telah aku simpan semenjak tahun 2004 lagi, bila selak semula file2 lama, terjumpa di folder tazkirah, jadi aku rasa patut dikongsi untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.

 Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

BANYAK BERTAUBAT

MENUTUP AURAT

BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Membaca surah Yassin hingga akhir

3. Membaca surah Al-Taubah hingga akhir

4. Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.

5. Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.

6. Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.

7. Membaca surah An-Nahl, ayat 78

8. Membaca surah Al-A’raf, ayat 189

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Siap Jua Thesis Master HR Management UUM

May 14th, 2010

Bagaikan satu mimpi buatku…segala apa yang aku inginkan..iaitu dapat siapkan thesis (aka mini thesis@ project paper) sebelum tarikh hantar, 16 Mei 2010 akhirnya terlaksana. Sedikit cerita mengenai thesis yang aku buat untuk compelete Master HR Management di Universiti Utara Malaysia. Kajian aku adalah berkisar tentang Workplace Deviant Behavior dan to be more specific, aku telah jadikan food industry sebagai tempat kajian.

Kalau kita tengok tentang topik workplace deviant behavior, sebenarnya banyak variable yang boleh diguna pakai untuk test dalam survey. Namun, aku telah memilih Independent Variable berkisar tentang Organizational (ethical climate), Work (Job Attribute dan Job Satisfaction), serta Personal (Self Esteem).

Setelah mendapat 143 samples, aku telah masukkan dalam SPSS (buat pertama kali aku guna spss untuk analisa data), akhirnya aku dapati semua variable kecuali job attribute mempunya negative significant dengan dependent variable, workplace deviant. Apa yang aku maksudkan sebagai negative significant? Ianya memberi maksud, makin tinggi self esteem seorang pekerja, maka makin kurang tendency untuk beliau lakukan atau terjerumus di dalam kegiatan workplace deviant behavior. Namun, daripada ke empat variable tersebut, kajian aku telah mendapati Job satisfacton merupakan variable yang paling significant negative relationship dengan workplace deviant behaviour.

ok, cukuplah citer pasal kandungan thesis. Berbalik kepada cerita di sebalik thesis, aku hampir putus asa..bukan apa..sebab rasa macam tak sanggup nak fikirkan pasal thesis lagi..pasal exam lagi..namun, alhamdulillah, inner motivation aku datang secara tiba-tiba, menjadikan aku pushing myself untuk siapkan juga walaupun last minutes, mana nak exam lagi..mana nak siapkan thesis lagi. Ini lah gara2 aku ingin habiskan master HR Management dalam masa 1 tahun!!!

Di kesempatan ini, aku amat berbangga kerana mempunyai seorang supervisor yang amat banyak membantu, iaitu Dr Faridahwati Mohd Shamsudin. Beliau banyak memberi bantuan dalam aku siapkan thesis ini, sehinggakan tiada lagi pembetulan yaang aku perlu lakukan selepas second reading.

Ok, citer tentang binding thesis, banyak gak la tempat yang aku survey, finally aku dapat tempat yang paling murah untuk binding hard cover thesis, iaitu kedai berhampiran dengan masjid UPM, Serdang. Kedai itu  hanya mengambil bayaran RM10 untuk satu buku. aku anggap ianya amat murah sekali!

ok lah, setakat ini saja perkongsian dari aku untuk kali ini.

sekian.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Tamat Pengajian Master HRM di UUM

May 9th, 2010

Salam

Alhamdulillah, seperti yang aku cita-cita dan impikan, aku ingin mengambil Master HR Management di UUM City Campus KL hanya dalam masa 3 semester, telah tercapai. Imbas kembali tahun lepas, pendaftaran pelajar baru di UUM pada 30 Mei 00 dan kelas pertama bermula pada 6 Jun 2009, aku begitu bersemangat untuk belajar dalam bidang HR Management.

Kenapa aku ambil HR management dan bukan MBA? Kerana aku mempunyai background dalam bidang LLB, jadi aku rasakan amat perlu untuk aku mempunyai qualification dalam HR Management bagi membolehkan aku terus berkilau di dalam kerjaya as HR Personnel. Bermula dari seorang Consultant di MEF dari tahun 2001-2007, aku hanya specialise di dalam Industrial Relations. Apabila berpindah ke Utusan Melayu (M) Berhad pada bulan Mei 2007, jawatan aku juga masih bersangkut paut dengan Industrial Relations. Cuma di Utusan aku diberi pendedahan serba sedikit dalam bidang lain dalam HR. Begitu juga di RHB, jawatan aku specialist in IR.

Apabila berada di RHB, aku mula terfikir, sampai bila aku akan buat IR? takkan sampai ke tua..then kerjaya aku tak akan jauh. Jadi aku rasa perlu ada satu batu loncatan, dan dengan itu aku ambil keputusan untuk sambung Master HR Management di UUM KL. Mulanya aku tak pernah sasarkan target untuk habiskan master dalam masa setahun, tetapi apabila aku menghadiri sessi penerangan pelajar baru, aku dimaklumkan untuk MHRM kami boleh habiskan dalam masa setahun, dengan mengambil maksima credit hours setiap semester!!! Aku bersemangat!!!

Semester pertama dan kedua aku ambil empat subjek setiap semester, dan semester tiga aku ambil dua subjek dengan project paper. Penat, tapi berbaloii…aku telah berjaya siapkan project paper dan juga berjaya habiskan dua lagi paper semester ini. Alhamdulillah….

Untuk semester pertama, aku ambil subjek HR Management (Puan Jasmani), Strategic HR Management (Hj Mahyuddin), Industrial Relations (Dr Abd Rahman) dan IT For Manager (Assoc Prof Dr Azizi). Semester ke dua, 4 subjek yang aku ambil adalah Research and Method (Dr Chandra), Managing Change and Communication (En Abdullah Omar), Legal & Ethical in HR (Puan Aida) serta HR Development (En Ghazali). Finally, semester akhir, dua subjek yang aku ambil iaitu Organizational Behaviour (Puan Jasmani) dan Managing Occupation Safety and Health (Dr Fazly).  Aku sekarang ni menunggu thesis examination, hopefully, aku boleh hantar thesis dengan hard cover ke UUM Sintok sebelum atau pada 16 Mei 2010. Dengan hantarnya thesis, InsyaAllah, tamatlah pengajian Master HR Management aku di UUM.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

The Creed of Babies with Down Syndrome

May 6th, 2010

My face may be different

But my feelings the same

I laugh and I cry

And I take pride in my gains

I was sent here among you

To teach you to love

As God in the heavens

Looks down from above

To Him I’m no different

His love knows no bounds

It’s those here among you

In cities and towns

that judge me by standards

that man has imparted

But this family I’ve chosen

Will help me get started

For I’m one of the children

So special and few

That came here to learn

The same lessons as you

That love is acceptance

It must come from the heart

We all have the same purpose

Though not the same start

The Lord gave me life

To live and embrace

And I’ll do it as you do

But at my own pace

Share/Save/Bookmark

admin Putera-Putera

Coretan Terakhir di Bulan April

April 30th, 2010

Laju betul masa berlalu. Hari ni dah masuk 30 April 2010. maknanya beberapa hari lagi aku akan berhadapan dengan Final Exam MHRM. Begitu kalut aku rasakan. Mana taknya, setiap semester aku ambil 12 credit hours, atau 4 subjek. Dan  semester ini lah aku rasa paling tertekan, kerana aku selain daripada subjek 6 credit hours, aku perlu siapkan thesis/ dissertation untuk 6 credit hour lagi.

Aduh..penatnya…di ofis terpaksa berhadapan dengan kerja…di rumah lak..bukan boleh concentrate 100% dengan study..anak2 manjaku..Haziq, Jauzil dan Jauni pasti nak juga ‘main’ dengan abah ni…

walau apa pun, aku tetap bersyukur kerana Allah mengurniakan aku kesihatan yang begitu optimum, di mana aku boleh belajar tanpa apa2 gangguan dan tidak sakit serta demam. Juga pengorbanan isteri yang tercinta, memahami aku yang amat ’stress’ sekarang ini kerana berhadapan dengan banyak perkara dan deadline yang perlu disiapkan.

Kali ini aku tak mahu menulis panjang, sebab aku mahu simpan cerita-cerita Passion For Blue sessi April 2010 semasa mendaki Gunung Datuk, Rembau baru-baru ini selepas aku siapkan thesis nanti. banyak cerita yang aku mahu kongsi, terutamanya pertama kali pengalaman mendaki gunung, walapun tak setinggi mana, tetapi ianya tetap tinggi bagi orang yang pertama kali seperti aku ini.

ok, setakat ini saja coretan aku kali ini, dan doakan semoga aku berjaya score semua A lagi dalam subjek terakhir, serta boleh siapkan thesis sebelum 16 Mei 2010.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Anakku Sindrom Down

March 20th, 2010
Oleh Siti Nur Almizan  Aripin
snur@bharian.com.my
2010/03/16

Sikap positif Anuar dan Hairun Nizah bantu perkembangan Alya

SEKALI imbas, kelakuan dan ciri fizikal yang ada pada wajah Hani Nur Alya sama seperti kanak-kanak kecil lain. Walaupun masih belum mampu bertutur atau berjalan pada usianya yang mencecah setahun empat bulan, kelasakan dan kepintarannya sama seperti kanak-kanak seusianya.

Namun, jika diamati dengan teliti, Alya memiliki ciri penghidap sindrom down antaranya bukaan mata bujur, bengkak pada bawah gelung mata dan batang hidungnya juga leper. Bagi Anuar Othman, 32, dan isterinya, Hairun Nizah Abdul Syukur, 34, kelahiran cahaya mata tunggal yang mesra disapa sebagai Alya itu benar-benar dinanti, namun selepas kelahiran, doktor memaklumkan bayi kecil yang disangka sihat itu berkemungkinan dilahirkan dengan masalah sindrom down.

Bukan tidak percaya, tetapi jauh di sudut hati, mereka berdoa semoga apa yang dikhabarkan itu tidak benar demi masa depan Alya, namun selepas ujian darah dijalankan, anak kecil itu disahkan sindrom down kategori Trisomi 21.

“Pada awal kelahiran, saya dan suami benar-benar tidak menyangka bayi kami sindrom down mungkin kerana ciri fizikal yang sepatutnya ada pada kanak-kanak sebegitu tidak jelas kelihatan pada wajah Alya, malah sepanjang kehamilan, doktor juga tidak mengesan sebarang keanehan pada kandungan.

“Namun, melalui ujian darah yang dilakukan menunjukkan Alya positif sindrom down, namun kami sedikit pun tidak menyalahkan takdir, malah menerima kekurangan dirinya dengan reda,” kata Hairun Nizah sambil memberitahu dia mengalami dua kali keguguran sebelum melahirkan Alya.
Beliau berkata, berbeza dengan bayi sindrom down lain, Alya memang istimewa kerana dia mampu menghisap susu badan dengan sendirinya hanya selepas sehari dilahirkan dan dia juga diberikan susu badan sehingga usianya 10 bulan.

“Kami dimaklumkan oleh doktor, lazimnya bayi sindrom down berdepan masalah untuk menghisap susu atau menelan makanan sehingga memerlukan terapi pada bahagian mulut serta lidah, tetapi masalah itu tiada pada Alya, malah sehingga kini saya bersyukur kerana dia jarang sakit,” katanya.

Melalui pakar sakit puan, mereka diberitahu ada rawatan terkini yang boleh dilakukan di dalam negara bagi mengurangkan komplikasi sindrom down iaitu menggunakan sel tunjang arnab.

Antara percaya dan tidak, memandangkan rawatan itu masih tiada bukti saintifik, mereka nekad untuk mencuba.

Selepas beberapa bulan membuat penyelidikan mengenai kelebihan dan kekurangan rawatan sel stem daripada fetus arnab yang dikatakan mampu membantu perkembangan pesakit sindrom down, mereka akhirnya akur demi kebaikan satu-satunya cahaya mata yang dikasihi.

Tidak hanya merujuk pakar perubatan dan ibu bapa penghidap sindrom down lain yang pernah menjalani rawatan sel stem arnab, Anuar dan Hairun Nizah turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengetahui hukum jelas rawatan itu menurut Islam.

“Jawapan diterima menambahkan keyakinan kami dan menurut Jakim, arnab adalah binatang yang halal, malah rawatan sebegitu diharuskan dalam Islam,” jelas Anuar.

Kata Hairun Nizah, rawatan sel stem arnab atau dipanggil xenotransplan sel stem dibangunkan sebuah syarikat tempatan, BCRO Stem Cell Transplantation Sdn Bhd (BCRO) membabitkan kos rawatan yang tinggi, justeru mereka berdua benar-benar perlu memahami kesan dan bagaimana ia berfungsi sebelum melakukannya.

“Selepas merujuk kepada doktor pakar dan ahli keluarga, kami ‘laburkan’ duit insurans yang diperoleh ketika melahirkan Alya serta nekad meneruskan rawatan xenotransplan pada usianya sebelas bulan,” katanya.

Selama tiga bulan perkembangan Alya dipantau melalui pemeriksaan rapi dilakukan Pengarah Perubatan BCRO Cell Transplantation Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Halim Jalil termasuk bagi mengenal pasti tahap kesihatan dan juga keperluan suntikan.

“Gembiranya hati tidak kepalang kerana selepas dua minggu menjalani suntikan bagi memperbaiki perkembangan otak dengan kos rawatan bernilai RM25,000 sekali suntik, Alya mula menunjukkan perkembangan positif.

“Paling ketara daya fokus terutama melalui gerakan mata yang sebelum ini langsung tiada mulai kelihatan membuatkan saya dan suami nanar seketika. Ingatkan ia komplikasi kesan suntikan,” katanya tersenyum.

Namun begitu, ibu bapa muda itu memberitahu, perkembangan diri Alya pada tahap sekarang bukan hanya bersandarkan kepada suntikan itu saja, tetapi sesi terapi dan fisioterapi secara berterusan sejak kecil lagi banyak membantu.

“Kami beruntung kerana Alya disayangi seisi keluarga dan keadaannya ketika ini juga hasil bantuan abang dan kakak ipar yang juga pakar di dalam bidang fisioterapi,” katanya.

Tiada apa yang menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa ini apabila anak yang dilahirkan kurang upaya kini dipantau perkembangan menggunakan carta tumbesaran kanak-kanak normal, namun Anuar mengakui, walaupun suntikan sel arnab banyak membantu, beliau akur, Alya tetap dilahirkan sindrom down.

Justeru, sejak usia Alya memasuki lima bulan, dia sudah dihantar memasuki kelas fisioterapi, terapi percakapan dan berenang di Kiwanis, Petaling Jaya.

Hasilnya, Alya kini mampu memahami setiap arahan dan tutur, malah sudah mampu memanggil bapanya, Baba. Sama seperti kanak-kanak sebaya, Alya pantas beraksi apabila ibunya menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Kini, Alya semakin keletah dan aktif. Paling diingati tentulah lesung pipit yang manis berlekuk di wajah comel Alya saat diagah, begitu juga tatkala namanya dipanggil, Alya pantas mengangkat tangan bukti dia memahami tutur bicara yang keluar daripada individu lain.

Kata Anuar, Alya tidak pernah dilayan seperti anak sindorm down, malah mereka sendiri kekadang lupa keadaan anak kecil itu, malah sering membiarkan dia berseorangan bermain dan belajar seperti kanak-kanak biasa.

“Kami juga tidak pernah mengasingkan Alya dengan kanak-kanak lain, malah sering membiarkan dia dikelilingi sepupu sebaya atau anak kepada rakan saya apabila kami keluar bersama.

“Pada saya, keadaan persekitaran juga dapat membantu meningkatkan tahap perkembangan diri Alya terutama dari sudut sosial dan buktinya dia anak yang ramah dan tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang lain,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan untuk Alya, pintas Hairun Nizah, dia merancang untuk mendapatkan khidmat terapi percakapan persendirian untuk Alya.

Jika dimurahkan rezeki, mereka berdua juga tidak teragak-agak untuk meneruskan rawatan suntikan sel arnab untuk Alya sekali lagi.

“Semua itu bergantung kepada kemampuan pada masa depan, namun ia termasuk di dalam senarai rancangan masa depan Alya. Sekarang, impian kami hanyalah untuk melihat dia membesar dalam suasana penuh kasih sayang, selain mampu membesar dengan sihat seperti bayi lain,” katanya.

Besarnya kasih ibu, luhurnya kasih bapa, semuanya jelas terbayang melalui redup mata kedua-dua mereka pada pertemuan petang itu. Namun apa yang nyata, suntikan sel arnab walaupun nilainya hampir menyamai harga sebuah kereta Kancil, ia sememangnya tidak merugikan.

Hasilnya mungkin bergantung kepada penerimaan individu, tetapi Alya yang kuat dan kental semangatnya sudah membuktikan perkembangan kanak-kanak sindrom down juga mampu diperbaiki

Share/Save/Bookmark

admin Umum

Bila Aku Nak Siapkan Thesis Master ni?

March 5th, 2010

Salam,

Hati ku gundah gelana, hatiku resah, hidup tak tenang, serabut, tension, itulah yang boleh digambarkan perasaan daku kali ini. Bukan sebab kerja, bukan sebab famili, tapi selagi aku tak siapkan thesis aku yang bertajuk ‘determinants of workplace deviance in food industry Malaysia’ selagi itulah hati ku tak akan tenang. Perancangan aku untuk mula tulis thesis pada bulan February 2010 hancus, apa taknya, bulan februari amat la sibuk sekali dengan program kerja. Maklumlah, ini lah realiti yang perlu aku hadapi, sebagai seorang pekerja, aku perlu tunaikan tanggungjawab kerja di ofis, bukannya boleh buat kerja lain termasuk thesis di ofis!!! betul tak?

Club Med Cherating

Club Med Cherating

Bulan februari berlalu begitu saja, maksudnya zero result for thesis. tapi bulan februari ini memberi satu kenangan juga dalam hidup aku, heheh..kerana kali ini kami HR department di Dutch Lady Malaysia telah berkunjung ke Club Med Cherating for HR Away Day, untuk setting objective for the year 2010. alangkah indahnya pantai Cherating, serta pemandangan di dalam kawasan club Med.

Kami HR Department berkunjung  ke Club Med pada 10-12 Feb 2010. Bagi pandangan aku, program seperti ini amat bagus kerana boleh merapatkan hubungan antara staff dan boss, apatah lagi bagi ’set’ objectives yang kami semua akan bekerjasama pada tahun 2010 untuk mencapainya.

Apabila kami tiba di Club Med, layanan yang diberikan amat baik sekali, dan berada di sana seperti bukan berada di bumi Malaysia, apa taknya, majoriti pengunjung adalah mat salleh, dan tiada sorang pun dari kalangan melayu, melainkan beberapa kerat kami dari Dutch Lady sahaja!!!. Agaknya melayu tak suka datang ke Club Med kerana Jamban (toilet) dalam resort tak ada paip!!! dah la ventilation system tak bagus, semerbak harum satu bilik kalau ada pelaburan datang dari ibu pejabat ‘ASB’ !!!

Kunjungan kami amat bertuah pada hari itu, bukannya sahaja kerana layanan yang mesra, tetapi kerana HR Director, Mazri amat berbaik hati memberikan kami peluang untuk bersuka ria di petang hari ke dua kami di Club Med. Di kesempatan itu aku, Emily, Rosli, Rajan, Din, Izam serta Betty mengambil kesempatan untuk private beach club med, dengan harapan kami boleh ’sailing’. Malangnya, kami tak buat tempahan awal, jadi kami hanya boleh posing sahaja, itu pun jadilah.

Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady

Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady

Kami tak mandi di pantai, maklumlah, masing-masing nak menjaga aurat…heheh…sebenanrnya…kami tak ada kesempatan nak mandi pun kat pantai tu..dan aku memang tak sanggup nak membakarkan diri ku dengan kepanasan pantai cherating.

Jejaka Hensem Di Pantai Cherating

Jejaka Hensem Di Pantai Cherating

Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan

Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan

Sepatutnya program malam kedua di Cherating, sambung meeting, tapi, boss buat announcement di Thong Juan restoran malam tu acara bebas!!! Oh ya..malam tu kami tak dinner di resort, coz nak cuba seafood di restoran yang dikatakan agak terkenal di Kemaman, iaitu Thong Juan.

Selepas makan di Thong Juan restoran, kami yang menaiki Rexton kononnya nak ambil angin di pantai cherating, tapi bila sampai ke pantai, takut la pulak nak turun dari kereta, memandangkan area kat sana gelap gelita. Then kami balik ke Club Med, sebab di club Med lagi happening!!! Pasti aku tidak lupakan minuman Virgin Chi Chi, Baby monkey, Monkey Juice Club Med. Kami lepak sambil minum (bukan arak ya!!!) dan melihat telatah dan karenah pengunjung-pengunjung Club Med. Then aku realise, banyak program yang mereka design memang untuk kids. Jadi bagi sesiapa yang bawa anak2 ke Club Med, memang untung, sebab boleh participate dalam banyak program yang telah dibuat oleh organizer.

ok, berbalik kepada cerita Thesis aku, doa ku semoga Allah kuatkan semangat aku untuk siapakan thesis ni. banyak lagi yang aku perlu lakukan, tapi tak tau nak mula di mana!!! Hari ni dah masuk 4 Mac, maknanya aku ada dalam masa sebulan saja lagi untuk siapkan first draft. Semoga aku berjaya!!InsyaAllah.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Ads Plugin created by Cheap Web Hosting - Powered by Tokai and r4 ds card.