Home > Kisah Daku > Pencarian Rumah Idaman Berakhir

Pencarian Rumah Idaman Berakhir


Rumah Idaman

Setelah beberapa bulan mencari rumah idaman yang menepati citarasa, akhirnya kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan rumah Semi D di Saujana Impian Kajang.  Kedengaran lokasinya seperti jauh, namun kedudukan rumah ini berhampiran dengan LebuhRaya Cheras- Kajang, iaitu di susur keluar Saujana Impian, dan berhadapan dengan TESCO Kajang, menjadikan ianya satu tarikan untuk dibuat pilihan.

Keluasan binaan rumah ini adalah 2808 kaki persegi, dan mempunyai 4+1 bilik tidur serta 5 bilik air menjadikan ianya adalah rumah terbesar yang pernah kami kunjungi dengan harga yang amat kompetitif!!!

Plan dalaman rumah :

Mulanya saya agak ragu-ragu dengan pemaju, iaitu Bandar Subang Sdn Bhd, anak syarikat kepada Farlim Group Sdn Bhd, tetapi apabila melihat projek perumahan mereka di Saujana Impian yang dilancarkan pada bulan Julai 2008 yang positif, saya yakin projek mereka tidak akan terbengkalai. Melihatkan juga persekitaran kejiranan, kawasan perumahan yang dikelilingi oleh TESCO, GIANT serta sekolah-sekolah rendah, menengah serta SMA Kajang, Kuala Lumpur, InsyaAllah, projek ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sekarang ini saya sedang ’survey’ untuk mencari loan yang terbaik dan kompetitif dari Bank-bank.  Rasanya pilihan saya tetap dengan perbankan Islam bagi menjamin kesucian harta yang akan menjadi milik kita suatu hari nanti!

 


Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

  1. hensemguy
    May 19th, 2009 at 20:30 | #1

    Dalam proses permohonan pembiayaan

  2. awie
    July 8th, 2009 at 14:58 | #2

    Salam.

    Boleh saya tau name property tersebut? dan berapa harga property tu? Terima kasih.

  3. July 9th, 2009 at 14:33 | #3

    bro… berapa monthly payment for the loan???

  4. July 10th, 2009 at 16:00 | #4

    awie, fasa Semi D dinamakan Sapphire oleh developer. Harga Lot yang saya beli RM642,910. Harga paling min RM631,000.

  5. July 10th, 2009 at 16:02 | #5

    naim, saya ambil financing CIMB Islamic Flexi, 90% financing. monthly RM2730.

  6. July 20th, 2009 at 01:39 | #6

    Mr . Humaizi, i’m richard ur property advisor here. thanks for ur compliment on our project here. Just an info for u that we still have three more units left for Sapphire and we are now started receiving bookings for the new phase and also is the last phase of superlinks in our saujana impian project that is called “RUBY” with 30′x55′ with full extended kitchen with built up area of 2229 sf that cost only RM 341,892 bumiprice for the earlybird. Same package with Sapphire that is free spa & mot together with rm 1,000 deposit can apply for full loan * (only for bumi). Please introduce more of ur friends to consider on our projects here. Richard Pang 019-388 7919.

  7. July 21st, 2009 at 18:30 | #7

    Richard, thanks for the info on the latest project. has the project being launched? it’s an attractive package, especially in a freehold area.

    I wish I could purchase one unit of Ruby for an investment if my loan eligibility is still ok.

  8. December 8th, 2009 at 18:52 | #8

    Salam,
    I also bought semi D kat Saujana Impian. The earlier sapphire yg kat atas bukit from your future house. Atap kaler orange tu.

    My family has been living at this area (kat Sg Kantan) for like 15 years and mmg fab la area nie.

    I’m working in KL and on a good day (like mcm cuti skolah) around 40 mins je driving ke KL tu. On a bad day tak yah citer la, mana2 pon sama je. If you dont mind sharing, we are you working eh?

  9. December 10th, 2009 at 19:06 | #9

    Naddie, saya kerja di petaling jaya, sekarang ni tinggal di lake fields, sungai besi, tak jauh sangat nak ke PJ, tak taulah mcmana bila pindah ke Saujan Impian nanti. rumah awak dah dapat kunci ke?

  10. Naddie Anuar
    July 14th, 2010 at 14:40 | #10

    as of today, tak dapat lagi :) tetibe je tervisit your blog lagi. hehe~

  11. July 23rd, 2010 at 20:49 | #11

    Naddie, agak2 bila awak akan dapat kunci rumah tu? nampak mcm dah siap.

  12. July 27th, 2010 at 13:14 | #12

    Wahh! Bakal jiran-jiran ni.. Tapi pilihan Projek RUBY..yang sedang dalam proses pembinaan. Kalo ada ‘kaki badminton’ dan kaki pancing tentu seronok.. :)

  13. July 27th, 2010 at 18:22 | #13

    Camar..terima kasih kerana berkunjung blog saya. boleh la nanti kita jumpa bila masing-masing dah pindah ke saujana impian.

  14. July 28th, 2010 at 21:11 | #14

    wow!
    ramai nya jiran
    btw saya hanya bakal penghuni rumah pearl je
    xmampu nak beli semi d’s
    hehe..

    bile la nak dapat kunci ni..xsabar nak masok rumah..

    Naddie or ssape yang tau..apa dorg tgh construct depan rumah amethyst tu?
    rumah baru or kedai?

  15. July 30th, 2010 at 22:45 | #15

    bibiq, last weekend saya pergi new sales office dia orang guna one of the semi D yang dah siap…saya tanya salesgirl tu berkenaan dengan construction..itu bukan project farlim (bdr subang), tapi project developer lain untuk buat rumah kedai. opposite project rumah kedai tu, ada satu tanah lapang yang farlim akan bina taman permainan kanak-kanak serta surau.

    for info, new semi D yang dinamakan Topaz dibuka utk pendaftaran,harga min RM750k..tapi dah habis dijual..yang tinggal harga RM852 ke atas.nasib baik saya sempat beli last year..hanya RM643k.

    bibiq..S&P awak beli rumah tu bila ya? dah dua tahun ke?

  16. August 2nd, 2010 at 11:02 | #16

    halo humaizi..owh akan ada rumah kedai pulak ke situ?..hmm harap2 farlim akan bina surau lah nnt..jgn cakap je…hehe..

    S&P saya belum 2 tahun lg…rasanya genap bulan 11 ni cukup2 2 tahun..harap2 dah boleh masok rumah lepas ni..xsabar nak masok rumah baru ni

  17. liza
    August 2nd, 2010 at 11:23 | #17

    salam, saya n hubby pun tertanya2 projek ape yg diaorg buat sebelah skolah tu..rumah kedai rupanya..saya pembeli rumah Superlink RUBY. tp saya pelik sgt kenapa kuil yg ada dekat tapak pembinaan RUBY belum lagi dirobohkan sedangkan projek rumah tu sedang dijalankan..agaknya kuil tu akan stay or akan berpindah?tetapi bila agaknye ye…risau jugak sy..if kuil stay kat situ, buka2 pintu je terus nampak kuil tu

  18. August 3rd, 2010 at 21:22 | #18

    bibiq, ikut kata salesman,surau mereka belum bina lagi,cuma skrg ni mereka sedang bina playgorund kat situ. saya rasa tak lama lagi awak akan dpt kunci, coz jalan semua dah siap.
    Liza,saya pun risau dengan kuil tu, sebab bila saya melawat tapak projek,dari dari dapur rumah kami,memang nampak kuil tu.harap Farlim kotakan janji mereka, utk pindahkan kuil tu..kalau tak buat, nanti kita sama-sama buat demonstrasi la dua tahun lagi..ok tak? heheheh

  19. Ariel
    August 8th, 2010 at 06:27 | #19

    Salam,

    Saya juga merupakan pembeli rumah superlink Ruby. Risau juga dengan “kuil” tersebut. Kalau tidak dipindahkan kan, kawasan perumahan kita akan menjadi kurang elok dari byk sudut(dari segi faktor keselesaan, pemandangan, value tanah dll). Sebenarnya tidaklah mudah utk memindahkan kuil tersebut namun diharapkan agar pihak Farlim akan berbuat sesuatu mengenainya dan tidak hanya berjanji sebagai gimik pemasaran. Satu lagi yg menjadi topik perbualan adalah mengenai menara pemancar RTM yg sy rasa sgt berdekatan dengan tapak projek (pemandangan kurang enak). Ada sy dengar munkin dipindahkan tapak pemancar tersebut (mungkin lama lagi). Sekiranya benar, ia sudah tentu akan memberi impak yg baik dari segi nilai tanah kepada kawasan perumahan kita di masa hadapan.

  20. August 8th, 2010 at 07:30 | #20

    Ariel,berkenaan dengan kuil Hindu, tak silap saya ada dua kuil di area Ruby, dan juga ianya boleh nampak dengan jelas dari bakal rumah saya. Jalan masuk ke sapphire adalah bertentangan dengan kuil. kita perlu bersatu dan memaklumkan kepada Farlim (Bandar Subang Sdn Bhd) mengenai kuil ini, sebab janji mereka masa pembelian ingin pindahkan kuil tersebut.

    berkenaan dengan pemancar, saya tak dengar apa-apa cerita, tapi for info, Rumah Semi-D di Glenmarie bersebelahan dengan kabel elektrik, tapi harganya tetap berjuta RM. berkenaan dengan nilai tanah dan rumah, harga rumah-rumah baru di sekitar Saujana Impian memang makin tinggi, eg, Semi D Sapphire 40×75 masa launching dijual harga dalam sekita RM620-RM640k, skrg ini Topaz (new semi-D), harganya dah mencecah RM850k.

  21. Ariel
    August 11th, 2010 at 06:35 | #21

    Salam,

    Ada sesiapa yg telah menghubungi Farlim utk mendapatkan maklumat terkini berkenaan 2 kuil tersebut? Baru2 ini saya perhatikan yg kuil tersebut masih beroperasi di waktu malam. Sy perhatikan lampu masih terang benderang dan masih ada penjaganya. Pelik:-(

  22. August 11th, 2010 at 13:18 | #22

    Ariel, saya tak pasti. rasanya selepas ini penduduk Saphire dan Ruby perlu bersatu dan suarakan kepada farlim isu ini.

  23. Ariel
    August 12th, 2010 at 00:05 | #23

    Satu lagi… kalau tidak silap saya, sekiranya dilihat daripada plan taman kita, salah satu daripada kuil tersebut termasuk sedikit dengan salah sebuah rumah (saya tidak pasti lot yg mana satu)…

  24. Khairul
    August 12th, 2010 at 07:37 | #24

    Salam,

    Saya salah seorang pembeli rumah Superlink Ruby. Saya diberitahu oleh pihak pemaju “Bandar Subang Sdn Bhd” unit yang saya beli terpaksa di berhentikan pembinaannya disebab kan kuil berkenaan. Saya juga diberitahu lebih 20 unit rumah Superlink Ruby terpaksa diberhentikan.

    Hingga kini, tiada kata putus diberikan dari pihak pemaju samaada akan memindahkan kuil bekenaan bagi meneruskan pebinaan rumah tersebut atau memberhentikan terus pembinaan unit tersebut.

    Apabila saya hubungi mereka, alasan yg diberikan ialah mereka masih berbincang dgn pihak kuil dah penduduk setempat. Setiap minggu alasan yg sama diberi.

    Saya bakal dikenakan denda oleh pihak bank jika saya sendiri yg cancel rumah tersebut. Oleh itu saya masih menunggu jawapan dari pihak pemaju supaya saya boleh mencari rumah lain jika pembinaan unit saya diberhentikan oleh mereka.

    Saya berharap kepada mereka yg senasib dengan saya supaya terus mendesak pihak pemaju bagi mendapatkan jawapan memndangkan harga rumah kini terlalu mahal dan melambung naik.

  25. August 12th, 2010 at 18:31 | #25

    salam all,
    saya rasa mmg betul cakap khairul,kawan saya yang beli kat SI ruby pun kena cancel. sume ni sbb kuil tu..developer x dapat nak deliver.
    hmmm..btw..mmg susah nak remove..lagi2 kuil..kalau masjid/surau mesti dah kena remove…:(

    btw..kunci SI Pearl dah boleh collect..

  26. August 12th, 2010 at 22:12 | #26

    khairul, nampaknya kuil tu memang akan terus bertapak kat situ la..alamak..tak bestnya pemandangan rumah…apatah lagi majoriti pembeli kat situ adalah melayu islam.
    bibiq, awak dah dapat kunci ke? bila nak pindah?

  27. August 13th, 2010 at 05:08 | #27

    dah dapat surat dari farlim..dia ckp dah boleh amek kunci n buat inspection,..cek dulu bank dah lepaskan sume loan ke x…pindah akhir taun ni kot…hehe..kena ada duet utk entry cost masok rumoh!..

  28. ab
    August 13th, 2010 at 12:24 | #28

    Salam semua, saya baru call developer berkenaan dengan ruby sebab saya salah seorang yang beli rumah dekat situ, according to developer mereka masih lagi buat rundingan dengan owner kuil. sebelum ni dah sign aggreement tapi owner kuil minta lebih lagi nak tanah yang lebih luas untuk ganti tanah dia..walaupun perjanjian awal dah dipersetujui. So another cadangan kepada pembeli 20 unit yang terlibat.. why not arrange kan satu masa then pergi meeting bersama2 ngan developer untuk dptkan kata putus..

  29. Khairul
    August 13th, 2010 at 12:47 | #29

    @ab

    Salam ab,

    Saya telah pun menghubungi pihak pemaju (Bandar Subang) pagi tadi dan mereka mengesahkan telah menerima email dari pihak atasan memberitahu yg mereka tidak akan meneruskan pembinaan di tapak kuil berkenaan. Mereka juga bersetuju utk memulangkan segala bayaran yg telah dibuat oleh pembeli dan membayar denda dari bank.

  30. ab
    August 13th, 2010 at 13:32 | #30

    oh ye ke… so u salah seorang dari 20 unit yang terlibat ke? i pun tak nak rumah tu kalau ada kuil dekat area tu…persekitaran tak seronok

  31. khairul
    August 14th, 2010 at 11:51 | #31

    @ab

    Yup…saya salah seorang yg terlibat… :(

  32. ab
    August 16th, 2010 at 12:02 | #32

    @khairul
    last weekend saya pergi tengok projek tu…. they all still buat lagi walaupun kata dah stop untuk row 1 dan row 2….

  33. mirsa7
    August 17th, 2010 at 10:37 | #33

    Salam semua,

    saya baru reserve 1 semi-d topaz corner lot. harga rm910k utk dimension 53′x75′, ~3050 built-up area, expected siap mid 2011. rasanya mcm agak mahal. kalau utk duduk ok, tp kalau utk investment tak sure, agak2nya lepas siap akan naik ke price dia? saya tak familiar dgn saujana impian. dgr cerita org area ni popular and org cari.

    ada opinion?

    terima kasih :)

  34. August 17th, 2010 at 22:14 | #34

    mirsa, saya rasa topaz tak akan siap mid 2011, coz rumah saya, Semi D Sapphire, booking on May 2009, sign S&P bulan julai, expected siap pun dalam Mei 2011. Farlim (Bandar Subang) ni memang nampak buat rumah cepat, tapi nak bagi kunci (dapat CF) tu agak lambat sikit.

    bagus la awak beli semi D utk duduk sendiri, sebab next two years, awak tak akan dapat lagi semi D with that price. sama gak bila saya beli Sapphire last year, harga RM643k, sekarang ni susah nak cari semi D Baru with that price area saujana impian dan juga kajang.

    saya yakin propery kat sini pun appreciate banyak gak, coz tengoklah harga semi D yang first lancar, afterwards, second phase harga launching naik 20%-30%..

  35. Ariel
    August 22nd, 2010 at 13:45 | #35

    Hopefuly pihak Farlim akan dapat menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan “pembatalan pembelian” dengan pihak bank secepat mungkin. Selagi tidak selesai, susahlah hendak membuat loan bagi pembelian rumah yg lain (harga rumah semakin naik). Sy risau sekiranya pihak Farlim lepas tangan, kita terpaksa terus berhutang dengan pihak bank (case seperti projek terbengkalai/bermasalah)…

  36. August 22nd, 2010 at 20:51 | #36

    Salam,

    Saya baru je lepas tgk rumah tadi kat Pearl. Surat dapat kunci mmg dah dapat cume tunggu pihak bank selesaikan bayaran terakhir ikut schedule dlm S&P. InsyaAllah dlm minggu ni atau minggu depan dapat la kunci nye.

    Cume yang jadik kerisauan sekarang ni, rumah yang saya beli bebetul depan sekolah.. kata haritu nak buat pagar asingkan antara jalan rumah dengan jalan sekolah. Alih2 tukar plan.. diorang nak lapangkan jalan sekolah tu so makan skali dengan jalan rumah :( abis penuh kene kerumun dengan bas sekolah la lepas ni.. huhu

  37. Liza
    August 23rd, 2010 at 11:16 | #37

    susah la macam tu kalau kuil tak dipindahkan.kawan sy cerita dah dua kali polis dikejar dengan parang oleh India2 yg duduk situ sebab mungkin Farlim pun buat aduan Pihak Polis…kalau macam tu, if kuil tu tak alih, rumah saya bukak pintu je nampak terus kuil tu..eee tak sukanya…geram betol!!!

  38. August 23rd, 2010 at 19:23 | #38

    zubir, saya pun ada tengok pembinaan jalan baru depan sekolah tu. tak apa, coz bas sekolah mungkin akan stop dekat kawasan lapang sebelum masuk area rumah awak tu.
    Liza, rasanya kita kena buat something..tanah tu milik mereka ke sesenang hati nak buat kuil?

  39. Khairul
    August 24th, 2010 at 06:37 | #39

    Saya masih menunggu pihak pemaju untuk proses pembatalan rumah Ruby tersebut. Last week saya ada survey rumah di Metro Kajang dan ada projek baru di Kajang 2 bersebelahan Taman Bukit Kajang akan launch lepas raya ni. Lokasi agak strategik. Hopefully nama saya akan clear dari hutang rumah Ruby and boleh proceed dgn rumah lain. Tapi sedih jugak xdpt rumah Ruby tu sbb dah habis byk masa and tenaga untuk dapatkan rumah tu. :(

  40. nadafi
    August 25th, 2010 at 18:58 | #40

    kenapa rumah 2nd story kat saujan impian tak appreciate harga. Cuma 100k je dalam masa 13 tahun? ada masaalah ke area sini?

  41. August 27th, 2010 at 18:14 | #41

    nadafi,rumah lama kurang appreciate harga, saya pun tak pasti kenapa. tapi so far saya tak jumpa lagi rumah yang dijual dalam RM100k..kebanyakannya RM250k dan ke atas.

    sama juga dengan keadaan di area Cheras, eg. Bandar Tasik Selatan vs Alam Damai, sedangkan BTS lebih dekat dengan KL, tapi harga rumah di alam damai rata2 dalam RM550k, sedangkan di BTS dalam RM380k-RM400k. saya berpandangan reka bentuk rumah, serta usia rumah memainkan peranan penting. sebab orang tak nak beli rumah lama, sedangkan banyak projek baru yang naik, sebab banyak renovation yang perlu dibuat bagi rumah lama.

  42. August 27th, 2010 at 18:16 | #42

    Nadafi, saya tengok dalam mudah.my, rumah yang berharga di bawah RM200k adalah bukaan 18×55. memang agak sempit. permintaan untuk rumah sebegitu memang kurang. sebab harga pasaran berdasarkan market atau apa yang orang inginkan juga.

  43. Ariel
    August 28th, 2010 at 13:43 | #43

    Minta rakan2 yg mengalami masalah yg sama berhubung dengan pembatalan pembelian rumah disebabkan kuil tersebut utk kerap followup dengan pihak Farlim… Selagi tidak selesai loan kita dgn bank, selagi itulah dr segi teorinya kita masih berhutang dengan bank…. dan sukar utk membeli rumah yg lain:-(

  44. Khairul
    September 1st, 2010 at 07:42 | #44

    Saya dah call RHB bank dan mereka mengesahkan pembatalan sudah dibuat oleh pihak pemaju untuk lebih 20 unit Ruby yg terbengkalai tu. Mereka memberitahu yang pihak yg terlibat sudah boleh membeli rumah lain dah kos pembatalan akan ditanggung oleh pihak pemaju… :)

  45. Ariel
    September 2nd, 2010 at 06:16 | #45

    Rumah double storey saujana impian tidak begitu tinggi appreciation value nya disebabkan byk factor… property ni depending on lacation+demand+buyer emotion+etc. Regarding demand+buyer emotion (kat Malaysia ni), bergantung juga kepada “Chinese Buyer”. Saujana impian ini adalah kawasan perumahan yg majarotinya Malay… jd ia memberi impak yg ketara. Ia berbeza dengan Shah Alam dan BB Bangi, walaupun majaroti penduduknya Melayu, tetapi kuasa beli org melayu begitu tinggi disana…

  46. siti
    September 2nd, 2010 at 13:13 | #46

    salam semua, saya merupakan salah seorang buyer ruby. mengikut site plan di hadapan rumah saya terdapat sederet rumah ..tetapi disebabkan isu kuil ini …deretan rumah itu tidak jadi dibina…rumah saya menjadi mangsa kerana betul menhadap kawasan kuil…
    apabila menhubungi pemaju ..saya amat kecewa kerana mereka menyalah buyer kerana tidak survey kawasan yang nak dibeli…sedangkan lokasi site itu kelilingnya dihoarding semasa proses pembelian
    ini amat tidak adil apabila mereka seolah2 lepas tangan dengan apa y terpaksa kita tanggung selepas mediami rumah tersebut
    saya telah menghubungi pihak berkenaan, dan diberitahu pihak farlim telah meminta nasihat undang2 tentang perkara ini..dan mereka telah dinasihatkan menyelesaikan masalah kuil ini dahulu tetapi sebaliknya mereka terus mencari buyer…marila bersatu kepada sesiapa senasib dengan saya*( ruby atau semi d berdekatan ) meminta mereka mnyelesaikan masalah ini atau kita bawa perkara ini ketengah…membeli rumah bukanla perkara mudah (abis duit yang banyak, masa dan tenaga) dan pemaju tidak boleh suka2 tukar site plan di janjikan

  47. siti
    September 2nd, 2010 at 13:32 | #47

    saya xsangka rumah yang ditunggu2 pula begini keadaannya setelah mengeluarkan wang yang disimpan bertahun2
    pemaju y baru saya hubungi berkata mereka tidak akan membayar apa2 pampasan kepada saya dengan alasan tidak telibat…sedangkan rumah saya hanya beberapa langkah dari kawasan kuil setelah deretan rumah itu tidak jadi dibina dan kawasan kuil itu betul2 menhadap rumah yang akan saya didiami
    sepatutnya mereka bertanggung jawab kerana mengikut perjanjian di hadapan rumah saya adalah rumah dan bukan sebaliknya..
    saya amat geram dengan pihak pemaju yang sangat tidak profesional dengan tidak menyelesaikan masalah kuil ini sebelum menjual rumah
    mangsa nya kita yang telah terikat dengan hutang bank dan tidak boleh pulak cancel dan sebagainya

  48. siti
    September 2nd, 2010 at 14:32 | #48

    sesunguhnya pihak pemaju amat tidak sensitif dengan apa yang akan penghuni bakal hadapi…sepatutntya mereka boleh jangka kemungkinan ada demostrasi, pergaduhan kerana dengan mereka sewenangnya2 menjual rumah yang ada diantaranya lot mereka dalam kawasan kuil kepada org melayu yang akhirnya tidak dapat mereka selesaikan.pemindahan kuil bukanla satu perkara yang mudah dan klu boleh pun ambil masa bertahun2.kita mmg sudah maklum banyak kawasan spt mid valley y tidak dapat dipindahkan.

  49. Khairul
    September 2nd, 2010 at 17:55 | #49

    Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa unit RUBY saya yg telah dicancelkan oleh pemaju tu.

  50. September 3rd, 2010 at 16:38 | #50

    Salam all,

    Baru call BSSB tadi. Projek PEARL gaye nye macam lepas raya Haji baru dapat kunci. Baru ingat nak beraye rumah baru :)

    Also called bank. Mmg confirmed pasal issue kuil kat RUBY. Kalau buat kat aduan rakyat ok ke? tapi kisahnye sekarang BSSB dah cancel dah pun.. but at least kuil tu di alihkan

    Harap banyak bsabar.. mcm kata Khairul ade hikmah nye tu.

Comment pages
  1. No trackbacks yet.

Ads Plugin created by Cheap Web Hosting - Powered by Tokai and r4 ds card.