Rumah Idaman

Setelah beberapa bulan mencari rumah idaman yang menepati citarasa, akhirnya kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan rumah Semi D di Saujana Impian Kajang. Kedengaran lokasinya seperti jauh, namun kedudukan rumah ini berhampiran dengan LebuhRaya Cheras- Kajang, iaitu di susur keluar Saujana Impian, dan berhadapan dengan TESCO Kajang, menjadikan ianya satu tarikan untuk dibuat pilihan.
Keluasan binaan rumah ini adalah 2808 kaki persegi, dan mempunyai 4+1 bilik tidur serta 5 bilik air menjadikan ianya adalah rumah terbesar yang pernah kami kunjungi dengan harga yang amat kompetitif!!!
Plan dalaman rumah :

Mulanya saya agak ragu-ragu dengan pemaju, iaitu Bandar Subang Sdn Bhd, anak syarikat kepada Farlim Group Sdn Bhd, tetapi apabila melihat projek perumahan mereka di Saujana Impian yang dilancarkan pada bulan Julai 2008 yang positif, saya yakin projek mereka tidak akan terbengkalai. Melihatkan juga persekitaran kejiranan, kawasan perumahan yang dikelilingi oleh TESCO, GIANT serta sekolah-sekolah rendah, menengah serta SMA Kajang, Kuala Lumpur, InsyaAllah, projek ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Sekarang ini saya sedang ‘survey’ untuk mencari loan yang terbaik dan kompetitif dari Bank-bank. Rasanya pilihan saya tetap dengan perbankan Islam bagi menjamin kesucian harta yang akan menjadi milik kita suatu hari nanti!







saya pun terfikir pasal aduan rakyat..mayb sblm nih pemaju xnak mendengar..tp da kuar kat media baru nk mendengar masalah pembeli
zubir,
kenapa dapat kunci lepas raya haji?..xboleh nak deliver lg ke?
Salam semua…Saya pembeli unit Pearl dan akan dptkan kunci tidak lama lagi…pun tunggu bank loan utk disburse final payment:)…mungkin Zubir boleh bg comment kenapa kunci hanya akan dpt slps Raya Haji…dan seperti yang lain, saya turut bersimpati dgn kwn2 kita yg diundang kemelut unit Ruby yg terpaksa dibatalkan hanya kerana isu kuil tu…harapan saya agar isu ini tidak diperbesarkan kerana ini menyentuh soal agama…jadi jangan bertindak terburu2 dlm menangani isu sensitif ini dan mmg betul mungkin ada hikmah disebalik kemelut ini…My deepest sympathy goes to all of you involved in this fiasco. Stay strong!
Salam lagi…terlupa sesuatu…kpd pembeli unit2 Ruby, check out the following website dan semoga dapat menolong anda semua selesaikan kemelut yg dihadapi…Cheers! http://www.hba.org.my/faq/list.htm
Salam…. saya juga simpati pd bakal2 jiran yang mengalami kemelut isu pembatalan unit2 Ruby tu.. semoga rakan2 tabah dan ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya.
Mesti la ada…. kami (husband & wife) memang ‘kaki badminton’…. jumpa nanti ek… Kita buat Kelab Rekriasi & Riadah…. hi hi
Saya pun terlibat juga dengan pembatalan rumah ruby baris yang kedua saya difahamkan oleh agen pemasaran ruby ada 40 unit rumah terlibat baris pertama dan baris kedua..Rumah saya baris kedua (corner lot dekat ngan jalan raya) pun tak dapat disiapkan ngan alasan oleh pemaju jika pemaju buat juga CF tidak akan lulus… so terpaksa batal… Masalah surat pembatalan tak keluar lagi… faedah bank setiap bulan kena bayar… Kejap lagi nak call farlim (Azimah) nak tahu perkembangan selanjutnya…
saya punya kes..pg jupe GM bandar subang, drg agree nk cancel secara lisan..sbb rumah saya mnghadap bila 2 deret xjd ..drg mintak no org bank y uruskan loan nak tnya berapa drg kena byr..tp slps 2 mggu bg surat kat saya ckp drg ttp nk teruskann sbb xlnggar pjanjian n xnk btggjwabla kiranya…aii bole pulak…bila tnya marketing officer pemaju…dia ckp akan buat jugak 2 baris tuh..saya tnya bila, pemaju pun xbole bg kata putus….xtau bape thn lagi…10 thn ke xtau la…
bukan niat nk besarkan benda nih tp nih da mcm kes pemaju menipu pembli pulak..kat pelan tapak xnk tunjuk ada kuil dlm area tuh semua…ikut la pjanjian y tlh ditandatangani…
saya dah call azimah… tanya perkembangan selanjutnya so seperti biasa lawyer akan panggil semua pembeli dalam tempoh terdekat untuk sign pembatalan… masalahnya baru dapat statement dari bank untuk bayar interest.. Cakap dekat developer, kenapa tiada surat pemberitahuaan kepada purchaser tentang pembatalan , dia kata developer takkan keluarkan surat…. saya dapat tahu nie pun sebab dok baca dekat blog nie…kalau tak sampai sudah saya tak tahu masalah ruby…
GM pemaju ada ckp drg xleh cancel sendiri sbb tuh peraturan kementerian, kena dua2 setuju atr pembeli n pemaju…aii da setahun baru nk bgtau..org da tgu setahun umh nih..klu carik umh lain pun harga da naik…saya pun sbb baca blog n g site baru tau isu kuil n apa y bakal saya hadapi…apa la drg nihh…kasik setle kuil dulula baru jual…jgnla bg pembeli pening kepala..
Salam all,
Sebulan lepas saya ada call Farlim pasal kuil ni…diorng bagi tau process pemindahan mungkin akan mengambil masa bertahun…tapi bila kuil tu dah dipindahkan diorng akan develop balik rumah and open for sale back pada harga pasaran. By that time, knowing harga yg diletakkan Farlim kat area2 situ for sure akan naik mencanak for that limited 20 unit..Pada sesiapa yang mmg aim nak duduk area situ and not in hurry nak duduk kena thing back..you wouldn’t get that last year price bila umah tu dah siap nnti..rasa rugi pulak kalau harga lebih mahal..
Nampak macam Farlim pon nak ambik keuntungan atas issue kuil ni..diorg tak rugi banyak pon kalau semer cancel since later they will sell back at higher price utk cover rugi concellation to bank.Tanah kuil tu mmg atas tanah Farlim tapi substitute tanah yang di offer utk kuil baru tempatnya jauh dari orng2 India yang duk kat rumah teres murah depan jalan masuk Ruby tu…so negotiation mmglah will take their sweet time..
Farlim ada cakap pasal clause LLD dlm agreement kalau kita tak nak cancelkan S&P..tapi not sure about this..blom tanya Firah Lawyer lagi..
Salam Fizz, sebenarnya berapa unit rumah yang kena cancel?..ade ssape yang boleh share map rumah yang kena share?
salam siti,
kita ni senasib..saya rasa rumah kita berdekatan, masalah yg u alami tu same je ..bila call pemaju, die marah kita balik n cakap knape kita tak tengok plan tu betul2?amboi, jawapan yg tak sepatutnya diaorg bagi kepada pembeli, my hubby dah kol n send the letter kpd pemaju n sekarang pihak pemaju sedang memfailkan saman kepada kuil sekiranya mereka enggan berpindah..20 lots yg dicancel tu sooner or later mmg akan buat jugak,tp saya amat kesal kes2 begini boleh berlaku, sebab depan rumah saya betul2 kuil…kalau dah pindah nanti mmg tak seronok!!!
salam liza,
utk pengetahuan liza saya sekarang telah membuat aduan online kepada kementerian perumahan dan telah pergi juga ke kementerian perumahan utk mendapatkan nasihat apa yang boleh dilakukan.Ini antr usaha saya dan suami selepas kami telah memberi surat kepada pemaju dan gmbar di site bagaimana dekatnya kuil dengan rumah kami dan berbincang dengan pemaju tidak mendapat jalan penyelesaian . Mereka hanya membalas surat sya mnegatakan mereka tidak melanggar perjanjian dan bila call kita pula disalahkan. Bg sya pemaju perlu bertanggungjawab kerana isu kuil ini adalah salah mereka dan pembeli pula y susah.Bayangkan klu kita dapt kunci, kuil tidak dipindahkan dan klu kita nk jual pun, denda dr bank kita yang kena dan ssh pulak nk dpt buyer melayu.
Dari ejen penjual yang dilantik pemaju,saya diberitahu terdapt 41 rumah yang dibatalkan kerana jalan tidak boleh mereka buat kerana melibatkan kuil. Dan,permohonan cf adalah sukar.
salam siti,
takut juga saya dengar pasal cf tu..dan 41 rumah yang dibatalkan due to that kuil…terus takde mood nak berumah baru.boleh siti p.m saya melalui email..n_cognito80@yahoo.com.saja nak share kemusykilan dan kegeraman
SAlam semua,
Saya merupakan salah sorang dari pembeli yang terlibat dalam kes kuil ini. Pihak pemaju nak revoke S&P tetapi diorang akan bayar balik duit booking, kos peguam dan bank. Masalahnya kos tambahan pembeli kena tanggung so saya tak sign lg.
@zulk
Boleh bagi tau apa yang dimaksudkan dengan kos tambahan
Dalam Deed of Revocation ada clause yang menyatakan any additional cost kena bayar oleh purchaser. Sepatutnya developer kena tanggung additional cots yang financier akan mintak.
so beware….sila semak dulu sebelum sign apa2 dokumen.
terima kasih
salam semua
aduh masalah2, lepas dah check semua.. umah sy beli betul2 depan kuil, baru je tahu hal ni, jadi depan umah sy mmg tak de ade umah, so permandangan tak elok, ada zink tutup je, sepatutnye si pemaju kena identify semua ni dulu sebelum jual, mase tgk tapak sy ingat kedudukan umah sy ni jauh dari kuil, bila progress dah jalan, check balik mmg depan kuil. sy tak nak bangkit kan issues ape ape di sini, jadi sapa yg ada pandangan sila share n ape patut sy buat. siapa yg rumah berdepan dgn kuil sila hubuungi sy untuk bincang hal ni, aduh sakit kepala. if sape2 yg ade procedure yg bagus untuk cancel beli rumah ni. mintak tolong ajar.
syah (pembeli rumah yg malang)
0122776920
Salam semua,
Saya nak mtk confirmation, ader saper2 yang dah sign ker pembatalan tu. Boleh share skit imput utk diskongsi bersama. aper yg rugi dan aper yg kena bayar..
salam liza,
liza…bole x liza hubungi saya di no 03-90763071…atau hubungi saya/tglkna no liza di email etakira03@yahoo.com. mungkin bg mereka yang rumahnya menghadap kuil ini dan menghadapi masalah y sama bole berbincang apa yang bole dilakukan bersama untuk menyelesaikan masalah di ruby ini
Salam semua,
Saya pun salah seorang pembeli rumah type Ruby saujana Impian. Saya dapat tahu mengenai isu kuil ini sejak september lepas. Saya ada berjumpa dengan pemaju tetapi jawapannya mengecewakan. Atas nasihat rakan di kementerian perumahan negara saya mengambil inisiatif sendiri agar isu kuil ini dapat diselesaikan dengan segera. Antaranya ialah membuat aduan di tribunal kementerian perumahan negara, tribunal pembeli rumah NCCC, aduan ke majlis perbandaran kajang. Selain itu saya juga ada menghantar email ke pengarah kementerian sumber asli dan alam sekitar mengenai kuil haram, email kepada yang dipertua MPKJ.Selepas ini saya ingin menghantar email ke menteri di kementerian Perumahan negara. saya juga cuba untuk mendapatkan contact no pembeli yang lain dari pegawai pemasaran Yieldson. Jadi sekiranya kita dapat mengumpul seramai yang boleh pembeli rumah ruby saujana impian mungkin kita dapat membuat perkara yang sama beramai-ramai iaitu membuat segala jenis aduan yang ada seperti yang telah saya lakukan. Mungkin dengan usaha yang kita buat ini masalah kuil ini akan dipandang serius oleh pihak berkuasa dan ia dapat diselesaikan secepat mungkin insyaAllah.
Salam,
Last week saya ada dpt miss call dari lawyer, maybe nak bincang pasal pembatalan unit rumah Ruby saya.
Ada sesiapa yg terlibat sudah sign agreement pembatalan tersebut?
Bagaimana dgn segala modal yg sudah kita keluarkan mcm deposit and lawyer fees?
Last month juga saya ada call RHB bank and mereka inform yg developer sudah menghantar surat pengesahan pembatalan unit Ruby saya kepada mereka dan mereka sudah sedia maklum.
So mereka memberitahu yg saya boleh mencari rumah atau apply loan lain tanpa masalah atau blacklist.
Tapi saya tak pasti samaada developer sudah membayar saman yg dikenakn oleh pihak bank atau tidak sbb risau pihak pemaju akan mengenakn lain2 cas semasa menandatangani surat pembatalan nnt.
salam sumer….
spt yg dijangkakan sblum ini..isu kuil ini pasti akan timbul.
sy sbg pnghuni rumah termurah dan terkecil area saujana impian turut simpati atas apa yg berlaku. smoga usaha murni tuan/puan peroleh kejayaan.
apa2 pun…apabila kita berjiran nnti (walopun tmn sebelah…) harap ukhuwah kita terus terjalin….dlm apa jua aktiviti.
salam dari lavenderians..
Pak Su, terima kasih kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami ke saujana impian. Tidak sabar lagi rasanya nak pindah ke rumah saya. Sekarang ni nampaknya sedang dalam proses nak buat jalan ke rumah.
Boleh saya tanya, surau terdekat yang selalu orang berjemaah kat mana di area dekat2 situ ya? kalau masjid tepi jalan tu agak jauh gak la dari rumah saya.
Nazri, saya ucapkan terima kasih di atas usaha yang anda lakukan. Walaupun kuil tu agak jauh dari rumah saya, tapi sebolehnya saya juga tak mahu kuil haram itu berada di situ. Harap kita semua dapat bersatu, dan cuba dapatkan nama penduduk yang beli rumah Ruby serta Sapphire.
@Humaizi
salam kembali…
sy mula menetap di lavender pd okt.2008…
buat masa sekarang, ada j/kuasa yg telah dilantik utk pembinaan surau yg terdekat utk qariah lavender, exora, daisy, sapphire dan ruby..masih dlm perbincangan utk mndapatkan dana.
surau terdekat yg kami pergi..di impian gemilang. dan kalo utk tujuan solat jumaat, selain masjid sbelah tesco tu….tuan jg bole berjemaah di SMenengah Agama Persekutuan di situ. Alhamdulillah….
insyALlah…smoga kita terus eratkan persaudaraan.
salam semua,
suami baru saje berjumpa pihak pemaju thari tadi.diaorg inform yg kuil itu akan kekal disitu..dan bagi suggestion,jual je rumah kpd pembeli India. sb kalau kami cancel pembelian..we need to pay about 60k….so sad……….
salam semua,
saya da buat aduan di sistem talian aduan rakyat selangor(STARS)…n da bg blog nih utk drg siasat kes nih…xperla usaha jela y mana boleh…mana tau pihak berkuasa akan membantu kita selesaikan masalah nih dgn pemaju…sbb aduan kpd STARS akan dihantar kepada PBT , majlis perbandaran kajang.
salam
bagi isu kuil ni mmg susah nak ubah, sedang kan kat midvalley yg besar tu pun ade kuil kat bawah tuh. mmg menyesal beli rumah tu nak cancel mmg kena bayar dlm 60k ++, ni semua salah pemaju!, cuma ape yg boleh kita buat hanya usaha. kita boleh saman pemaju bila dpt kunci nnt. aku sgt marah gila dgn pemaju yg ambik mudah isu ini. kepada jiran2 selorong dgn sy, terus kan usaha n sila tetapkan masa utk kita berkumpul dan bincang isu ini.
syah (pembeli rumah yg sgt2 malang!)
0122776920
jom kita bincang dalam facebook berkenaan isu rumah di Saujana Impian ini.
http://www.facebook.com/editgroup.php?gid=126904064031672#!/home.php?sk=group_126904064031672
mari kita saman developer tuntut gantirugi sekurang-kurangnya 10% . Kita appoint lawyer yang nak lawan amacam ?
0125050627 (rohizad) lawyer .
ape link facebook saujana impian..
Salam.
Saya baru buat booking rumah Topaz. Lepas baca komen bakal-bakal jiran tentang isu kuil tu…naik takut juga rasanya. Di mana lokasi sebenarnya 2 kuil tersebut? Katanya kawasan perumahan kita ni berdekatan dengan pemancar RTM…di mana ya? Saya berbesar hati nak beli rumah di sini kerana dengarnya jiran-jiran ramai Melayu dan berdekatan dengan sekolah rendah dan menengah.
Jadinya, sebelum saya tandatangan S&P…bolehlah kiranya saudara saudari memberi info tentang perkara tersebut.
Terima kasih.
zulk
ade no contact, aku nak discuss pasal mintak ganti rugi.
syah
0122776920
saudara syah,
saya dah mintak my hubby kol u last saturday (aie)..segala usaha utk mempertahankan hak kita harus dibuat habis2an..kita tertipu…ape2 tindakan saya sokong dan akan join any of the action…menurut hubby, kawasan tu dah diwartakan utk rumah ibadat (kuil)dan ADUN dah masok campor dlm hal ini.so that means kuil tu mmg akan kekal disitu..dah tak boleh nak buat ape..just kita ramai buat satu perjumpaan n discuss pasal tindakan selanjutnya.
Za, lokasi Semi D topaz dengan kuil tu agak jauh. memang tak akan nampak dari bakal rumah awak.
for info, masa saya beli sapphire, saya diberitahu oleh salesman kuil tu dalam proses pemindahan, dan developer dah sediakan tanah utk kuil tersebut. saya juga tidak bersetuju utk adakan kuil kekal kat situ, sebab majoriti penduduk semi D sapphire dan Ruby adalah melayu.
Salam semua,
September lalu saya ada menghantar surat ke pemaju mengatakan saya akan mengambil tindakan2 undang kerana mereka tidak membina seperti yang ada di pelak tapak dlm S&P. Pemaju ada reply kata mereka tidak melanggar perjanjian jual beli kerana mereka bina 2 baris rumah tu progressively. setelah dapat info dari liza yang kuil itu akan kekal, saya telah hantar satu lagi surat ke pemaju untuk mendapatkan status kuil itu secara black n white. Sekiranya betul kuil itu akan kekal saya akan kumpul segala dokumen yang ada akan teruskan niat untuk mengambil tindakan undang2.So KITA boleh sama-sama appoint lawyer minta gantirugi. Ada perkembangan terbaru tolong update wife saya SITI. Kita sama2 usaha n harap kita dapat balik hak kita, InsyaAllah.
Salam.
Terima kasih Humaizi atas maklum balas yg. diberi. Saya berasa simpati terhadap masalah yg. dihadapi oleh pembeli-pembeli Ruby. Saya juga pernah ditipu oleh pemaju perumahan sewaktu membeli rumah pertama…tiba-tiba aje rumah saya mengadap kawasan pembuangan sampah sedangkan dalam plan asal rumahnya mengadap kawasan surau.
Memang setiap yg. berlaku ada hikmahnya tetapi dalam masa yg. sama kita perlu berusaha utk. mengatasi masalah ini. Duit pembelian rumah ni hasil titik peluh & pengorbanan kita seisi keluarga…saya mendoakan agar rakan-rakan pembeli Ruby akan berjaya dlm usaha menuntut hak… Amin
@syah
0192216765
ada S&P apa clause sebut pasal termination aggreement ? pls update
salam
boleh kita semua berkumpul untuk duduk berbicang
sbb kita perlu serius dlm isu mcm ni, sbb tak ada kata putus dari pemaju dan black and white kuil ni akan di ubah. sy ada tanye org kaum india, kuil mmg susah nak di ubah.sila tetapkan lokasi dan masa yg sesuai untuk kita semua berjumpa.
syah
0122776920
saudara/saudari sekalian..
jika ada apa2 perjumpaan sila maklumkan kpd saya dan suami.kami pun dah byk pikir pasal pembelian rumah ni..Aie 0192774557 Liza 0197344557
Untuk pengetahuan semua, hujung minggu ini ada pelancaran Rumah Semi D Topaz di Saujana Impian. Mungkin inilah masanya untuk kita semua berjumpa dengan salesman yang membuat janji2 palsu berkenaan dengan kuil tersebut. kebetulan mereka juga ada buat makan2 pada hari tersebut.
salam,
bole bgtau jam berapa n dimana lokasi pelancaran itu di saujana impian.
untuk pengetahuan semua , saya telah dihubungi pegawai kementerian perumahan yang memaklumkan hanya 8 rumah telah sign pembatalan dr 41 rumah. saya juga telah diberi surat oleh kementerian y dialamatkan kepada pemaju untuk memberi jalan penyelesaian kes kuil ini.nnt saya update jawapan pemaju. kepada y selorong dgn saya, sila buat aduan online kepada kementerian perumahan kerana jika ada suara ramai mungkin kes penipuan pemaju ini mungkin akan lebih diambil berat oleh kementerian.
saya dah buat aduan
Assalamualaikum, kalau saya nak beli ada jual subsales di Saujana Impian di rekemen x ?