Siap Jua Thesis Master HR Management UUM
Bagaikan satu mimpi buatku…segala apa yang aku inginkan..iaitu dapat siapkan thesis (aka mini thesis@ project paper) sebelum tarikh hantar, 16 Mei 2010 akhirnya terlaksana. Sedikit cerita mengenai thesis yang aku buat untuk compelete Master HR Management di Universiti Utara Malaysia. Kajian aku adalah berkisar tentang Workplace Deviant Behavior dan to be more specific, aku telah jadikan food industry sebagai tempat kajian.
Kalau kita tengok tentang topik workplace deviant behavior, sebenarnya banyak variable yang boleh diguna pakai untuk test dalam survey. Namun, aku telah memilih Independent Variable berkisar tentang Organizational (ethical climate), Work (Job Attribute dan Job Satisfaction), serta Personal (Self Esteem).
Setelah mendapat 143 samples, aku telah masukkan dalam SPSS (buat pertama kali aku guna spss untuk analisa data), akhirnya aku dapati semua variable kecuali job attribute mempunya negative significant dengan dependent variable, workplace deviant. Apa yang aku maksudkan sebagai negative significant? Ianya memberi maksud, makin tinggi self esteem seorang pekerja, maka makin kurang tendency untuk beliau lakukan atau terjerumus di dalam kegiatan workplace deviant behavior. Namun, daripada ke empat variable tersebut, kajian aku telah mendapati Job satisfacton merupakan variable yang paling significant negative relationship dengan workplace deviant behaviour.
ok, cukuplah citer pasal kandungan thesis. Berbalik kepada cerita di sebalik thesis, aku hampir putus asa..bukan apa..sebab rasa macam tak sanggup nak fikirkan pasal thesis lagi..pasal exam lagi..namun, alhamdulillah, inner motivation aku datang secara tiba-tiba, menjadikan aku pushing myself untuk siapkan juga walaupun last minutes, mana nak exam lagi..mana nak siapkan thesis lagi. Ini lah gara2 aku ingin habiskan master HR Management dalam masa 1 tahun!!!
Di kesempatan ini, aku amat berbangga kerana mempunyai seorang supervisor yang amat banyak membantu, iaitu Dr Faridahwati Mohd Shamsudin. Beliau banyak memberi bantuan dalam aku siapkan thesis ini, sehinggakan tiada lagi pembetulan yaang aku perlu lakukan selepas second reading.
Ok, citer tentang binding thesis, banyak gak la tempat yang aku survey, finally aku dapat tempat yang paling murah untuk binding hard cover thesis, iaitu kedai berhampiran dengan masjid UPM, Serdang. Kedai itu hanya mengambil bayaran RM10 untuk satu buku. aku anggap ianya amat murah sekali!

ok lah, setakat ini saja perkongsian dari aku untuk kali ini.
sekian.





bunyik thesis macam sangat menarik…