Tamat Pengajian Master HRM di UUM

May 9th, 2010

Salam

Alhamdulillah, seperti yang aku cita-cita dan impikan, aku ingin mengambil Master HR Management di UUM City Campus KL hanya dalam masa 3 semester, telah tercapai. Imbas kembali tahun lepas, pendaftaran pelajar baru di UUM pada 30 Mei 00 dan kelas pertama bermula pada 6 Jun 2009, aku begitu bersemangat untuk belajar dalam bidang HR Management.

Kenapa aku ambil HR management dan bukan MBA? Kerana aku mempunyai background dalam bidang LLB, jadi aku rasakan amat perlu untuk aku mempunyai qualification dalam HR Management bagi membolehkan aku terus berkilau di dalam kerjaya as HR Personnel. Bermula dari seorang Consultant di MEF dari tahun 2001-2007, aku hanya specialise di dalam Industrial Relations. Apabila berpindah ke Utusan Melayu (M) Berhad pada bulan Mei 2007, jawatan aku juga masih bersangkut paut dengan Industrial Relations. Cuma di Utusan aku diberi pendedahan serba sedikit dalam bidang lain dalam HR. Begitu juga di RHB, jawatan aku specialist in IR.

Apabila berada di RHB, aku mula terfikir, sampai bila aku akan buat IR? takkan sampai ke tua..then kerjaya aku tak akan jauh. Jadi aku rasa perlu ada satu batu loncatan, dan dengan itu aku ambil keputusan untuk sambung Master HR Management di UUM KL. Mulanya aku tak pernah sasarkan target untuk habiskan master dalam masa setahun, tetapi apabila aku menghadiri sessi penerangan pelajar baru, aku dimaklumkan untuk MHRM kami boleh habiskan dalam masa setahun, dengan mengambil maksima credit hours setiap semester!!! Aku bersemangat!!!

Semester pertama dan kedua aku ambil empat subjek setiap semester, dan semester tiga aku ambil dua subjek dengan project paper. Penat, tapi berbaloii…aku telah berjaya siapkan project paper dan juga berjaya habiskan dua lagi paper semester ini. Alhamdulillah….

Untuk semester pertama, aku ambil subjek HR Management (Puan Jasmani), Strategic HR Management (Hj Mahyuddin), Industrial Relations (Dr Abd Rahman) dan IT For Manager (Assoc Prof Dr Azizi). Semester ke dua, 4 subjek yang aku ambil adalah Research and Method (Dr Chandra), Managing Change and Communication (En Abdullah Omar), Legal & Ethical in HR (Puan Aida) serta HR Development (En Ghazali). Finally, semester akhir, dua subjek yang aku ambil iaitu Organizational Behaviour (Puan Jasmani) dan Managing Occupation Safety and Health (Dr Fazly).  Aku sekarang ni menunggu thesis examination, hopefully, aku boleh hantar thesis dengan hard cover ke UUM Sintok sebelum atau pada 16 Mei 2010. Dengan hantarnya thesis, InsyaAllah, tamatlah pengajian Master HR Management aku di UUM.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

The Creed of Babies with Down Syndrome

May 6th, 2010

My face may be different

But my feelings the same

I laugh and I cry

And I take pride in my gains

I was sent here among you

To teach you to love

As God in the heavens

Looks down from above

To Him I’m no different

His love knows no bounds

It’s those here among you

In cities and towns

that judge me by standards

that man has imparted

But this family I’ve chosen

Will help me get started

For I’m one of the children

So special and few

That came here to learn

The same lessons as you

That love is acceptance

It must come from the heart

We all have the same purpose

Though not the same start

The Lord gave me life

To live and embrace

And I’ll do it as you do

But at my own pace

Share/Save/Bookmark

admin Putera-Putera

Coretan Terakhir di Bulan April

April 30th, 2010

Laju betul masa berlalu. Hari ni dah masuk 30 April 2010. maknanya beberapa hari lagi aku akan berhadapan dengan Final Exam MHRM. Begitu kalut aku rasakan. Mana taknya, setiap semester aku ambil 12 credit hours, atau 4 subjek. Dan  semester ini lah aku rasa paling tertekan, kerana aku selain daripada subjek 6 credit hours, aku perlu siapkan thesis/ dissertation untuk 6 credit hour lagi.

Aduh..penatnya…di ofis terpaksa berhadapan dengan kerja…di rumah lak..bukan boleh concentrate 100% dengan study..anak2 manjaku..Haziq, Jauzil dan Jauni pasti nak juga ‘main’ dengan abah ni…

walau apa pun, aku tetap bersyukur kerana Allah mengurniakan aku kesihatan yang begitu optimum, di mana aku boleh belajar tanpa apa2 gangguan dan tidak sakit serta demam. Juga pengorbanan isteri yang tercinta, memahami aku yang amat ’stress’ sekarang ini kerana berhadapan dengan banyak perkara dan deadline yang perlu disiapkan.

Kali ini aku tak mahu menulis panjang, sebab aku mahu simpan cerita-cerita Passion For Blue sessi April 2010 semasa mendaki Gunung Datuk, Rembau baru-baru ini selepas aku siapkan thesis nanti. banyak cerita yang aku mahu kongsi, terutamanya pertama kali pengalaman mendaki gunung, walapun tak setinggi mana, tetapi ianya tetap tinggi bagi orang yang pertama kali seperti aku ini.

ok, setakat ini saja coretan aku kali ini, dan doakan semoga aku berjaya score semua A lagi dalam subjek terakhir, serta boleh siapkan thesis sebelum 16 Mei 2010.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Anakku Sindrom Down

March 20th, 2010
Oleh Siti Nur Almizan  Aripin
snur@bharian.com.my
2010/03/16

Sikap positif Anuar dan Hairun Nizah bantu perkembangan Alya

SEKALI imbas, kelakuan dan ciri fizikal yang ada pada wajah Hani Nur Alya sama seperti kanak-kanak kecil lain. Walaupun masih belum mampu bertutur atau berjalan pada usianya yang mencecah setahun empat bulan, kelasakan dan kepintarannya sama seperti kanak-kanak seusianya.

Namun, jika diamati dengan teliti, Alya memiliki ciri penghidap sindrom down antaranya bukaan mata bujur, bengkak pada bawah gelung mata dan batang hidungnya juga leper. Bagi Anuar Othman, 32, dan isterinya, Hairun Nizah Abdul Syukur, 34, kelahiran cahaya mata tunggal yang mesra disapa sebagai Alya itu benar-benar dinanti, namun selepas kelahiran, doktor memaklumkan bayi kecil yang disangka sihat itu berkemungkinan dilahirkan dengan masalah sindrom down.

Bukan tidak percaya, tetapi jauh di sudut hati, mereka berdoa semoga apa yang dikhabarkan itu tidak benar demi masa depan Alya, namun selepas ujian darah dijalankan, anak kecil itu disahkan sindrom down kategori Trisomi 21.

“Pada awal kelahiran, saya dan suami benar-benar tidak menyangka bayi kami sindrom down mungkin kerana ciri fizikal yang sepatutnya ada pada kanak-kanak sebegitu tidak jelas kelihatan pada wajah Alya, malah sepanjang kehamilan, doktor juga tidak mengesan sebarang keanehan pada kandungan.

“Namun, melalui ujian darah yang dilakukan menunjukkan Alya positif sindrom down, namun kami sedikit pun tidak menyalahkan takdir, malah menerima kekurangan dirinya dengan reda,” kata Hairun Nizah sambil memberitahu dia mengalami dua kali keguguran sebelum melahirkan Alya.
Beliau berkata, berbeza dengan bayi sindrom down lain, Alya memang istimewa kerana dia mampu menghisap susu badan dengan sendirinya hanya selepas sehari dilahirkan dan dia juga diberikan susu badan sehingga usianya 10 bulan.

“Kami dimaklumkan oleh doktor, lazimnya bayi sindrom down berdepan masalah untuk menghisap susu atau menelan makanan sehingga memerlukan terapi pada bahagian mulut serta lidah, tetapi masalah itu tiada pada Alya, malah sehingga kini saya bersyukur kerana dia jarang sakit,” katanya.

Melalui pakar sakit puan, mereka diberitahu ada rawatan terkini yang boleh dilakukan di dalam negara bagi mengurangkan komplikasi sindrom down iaitu menggunakan sel tunjang arnab.

Antara percaya dan tidak, memandangkan rawatan itu masih tiada bukti saintifik, mereka nekad untuk mencuba.

Selepas beberapa bulan membuat penyelidikan mengenai kelebihan dan kekurangan rawatan sel stem daripada fetus arnab yang dikatakan mampu membantu perkembangan pesakit sindrom down, mereka akhirnya akur demi kebaikan satu-satunya cahaya mata yang dikasihi.

Tidak hanya merujuk pakar perubatan dan ibu bapa penghidap sindrom down lain yang pernah menjalani rawatan sel stem arnab, Anuar dan Hairun Nizah turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengetahui hukum jelas rawatan itu menurut Islam.

“Jawapan diterima menambahkan keyakinan kami dan menurut Jakim, arnab adalah binatang yang halal, malah rawatan sebegitu diharuskan dalam Islam,” jelas Anuar.

Kata Hairun Nizah, rawatan sel stem arnab atau dipanggil xenotransplan sel stem dibangunkan sebuah syarikat tempatan, BCRO Stem Cell Transplantation Sdn Bhd (BCRO) membabitkan kos rawatan yang tinggi, justeru mereka berdua benar-benar perlu memahami kesan dan bagaimana ia berfungsi sebelum melakukannya.

“Selepas merujuk kepada doktor pakar dan ahli keluarga, kami ‘laburkan’ duit insurans yang diperoleh ketika melahirkan Alya serta nekad meneruskan rawatan xenotransplan pada usianya sebelas bulan,” katanya.

Selama tiga bulan perkembangan Alya dipantau melalui pemeriksaan rapi dilakukan Pengarah Perubatan BCRO Cell Transplantation Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Halim Jalil termasuk bagi mengenal pasti tahap kesihatan dan juga keperluan suntikan.

“Gembiranya hati tidak kepalang kerana selepas dua minggu menjalani suntikan bagi memperbaiki perkembangan otak dengan kos rawatan bernilai RM25,000 sekali suntik, Alya mula menunjukkan perkembangan positif.

“Paling ketara daya fokus terutama melalui gerakan mata yang sebelum ini langsung tiada mulai kelihatan membuatkan saya dan suami nanar seketika. Ingatkan ia komplikasi kesan suntikan,” katanya tersenyum.

Namun begitu, ibu bapa muda itu memberitahu, perkembangan diri Alya pada tahap sekarang bukan hanya bersandarkan kepada suntikan itu saja, tetapi sesi terapi dan fisioterapi secara berterusan sejak kecil lagi banyak membantu.

“Kami beruntung kerana Alya disayangi seisi keluarga dan keadaannya ketika ini juga hasil bantuan abang dan kakak ipar yang juga pakar di dalam bidang fisioterapi,” katanya.

Tiada apa yang menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa ini apabila anak yang dilahirkan kurang upaya kini dipantau perkembangan menggunakan carta tumbesaran kanak-kanak normal, namun Anuar mengakui, walaupun suntikan sel arnab banyak membantu, beliau akur, Alya tetap dilahirkan sindrom down.

Justeru, sejak usia Alya memasuki lima bulan, dia sudah dihantar memasuki kelas fisioterapi, terapi percakapan dan berenang di Kiwanis, Petaling Jaya.

Hasilnya, Alya kini mampu memahami setiap arahan dan tutur, malah sudah mampu memanggil bapanya, Baba. Sama seperti kanak-kanak sebaya, Alya pantas beraksi apabila ibunya menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Kini, Alya semakin keletah dan aktif. Paling diingati tentulah lesung pipit yang manis berlekuk di wajah comel Alya saat diagah, begitu juga tatkala namanya dipanggil, Alya pantas mengangkat tangan bukti dia memahami tutur bicara yang keluar daripada individu lain.

Kata Anuar, Alya tidak pernah dilayan seperti anak sindorm down, malah mereka sendiri kekadang lupa keadaan anak kecil itu, malah sering membiarkan dia berseorangan bermain dan belajar seperti kanak-kanak biasa.

“Kami juga tidak pernah mengasingkan Alya dengan kanak-kanak lain, malah sering membiarkan dia dikelilingi sepupu sebaya atau anak kepada rakan saya apabila kami keluar bersama.

“Pada saya, keadaan persekitaran juga dapat membantu meningkatkan tahap perkembangan diri Alya terutama dari sudut sosial dan buktinya dia anak yang ramah dan tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang lain,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan untuk Alya, pintas Hairun Nizah, dia merancang untuk mendapatkan khidmat terapi percakapan persendirian untuk Alya.

Jika dimurahkan rezeki, mereka berdua juga tidak teragak-agak untuk meneruskan rawatan suntikan sel arnab untuk Alya sekali lagi.

“Semua itu bergantung kepada kemampuan pada masa depan, namun ia termasuk di dalam senarai rancangan masa depan Alya. Sekarang, impian kami hanyalah untuk melihat dia membesar dalam suasana penuh kasih sayang, selain mampu membesar dengan sihat seperti bayi lain,” katanya.

Besarnya kasih ibu, luhurnya kasih bapa, semuanya jelas terbayang melalui redup mata kedua-dua mereka pada pertemuan petang itu. Namun apa yang nyata, suntikan sel arnab walaupun nilainya hampir menyamai harga sebuah kereta Kancil, ia sememangnya tidak merugikan.

Hasilnya mungkin bergantung kepada penerimaan individu, tetapi Alya yang kuat dan kental semangatnya sudah membuktikan perkembangan kanak-kanak sindrom down juga mampu diperbaiki

Share/Save/Bookmark

admin Umum

Bila Aku Nak Siapkan Thesis Master ni?

March 5th, 2010

Salam,

Hati ku gundah gelana, hatiku resah, hidup tak tenang, serabut, tension, itulah yang boleh digambarkan perasaan daku kali ini. Bukan sebab kerja, bukan sebab famili, tapi selagi aku tak siapkan thesis aku yang bertajuk ‘determinants of workplace deviance in food industry Malaysia’ selagi itulah hati ku tak akan tenang. Perancangan aku untuk mula tulis thesis pada bulan February 2010 hancus, apa taknya, bulan februari amat la sibuk sekali dengan program kerja. Maklumlah, ini lah realiti yang perlu aku hadapi, sebagai seorang pekerja, aku perlu tunaikan tanggungjawab kerja di ofis, bukannya boleh buat kerja lain termasuk thesis di ofis!!! betul tak?

Club Med Cherating

Club Med Cherating

Bulan februari berlalu begitu saja, maksudnya zero result for thesis. tapi bulan februari ini memberi satu kenangan juga dalam hidup aku, heheh..kerana kali ini kami HR department di Dutch Lady Malaysia telah berkunjung ke Club Med Cherating for HR Away Day, untuk setting objective for the year 2010. alangkah indahnya pantai Cherating, serta pemandangan di dalam kawasan club Med.

Kami HR Department berkunjung  ke Club Med pada 10-12 Feb 2010. Bagi pandangan aku, program seperti ini amat bagus kerana boleh merapatkan hubungan antara staff dan boss, apatah lagi bagi ’set’ objectives yang kami semua akan bekerjasama pada tahun 2010 untuk mencapainya.

Apabila kami tiba di Club Med, layanan yang diberikan amat baik sekali, dan berada di sana seperti bukan berada di bumi Malaysia, apa taknya, majoriti pengunjung adalah mat salleh, dan tiada sorang pun dari kalangan melayu, melainkan beberapa kerat kami dari Dutch Lady sahaja!!!. Agaknya melayu tak suka datang ke Club Med kerana Jamban (toilet) dalam resort tak ada paip!!! dah la ventilation system tak bagus, semerbak harum satu bilik kalau ada pelaburan datang dari ibu pejabat ‘ASB’ !!!

Kunjungan kami amat bertuah pada hari itu, bukannya sahaja kerana layanan yang mesra, tetapi kerana HR Director, Mazri amat berbaik hati memberikan kami peluang untuk bersuka ria di petang hari ke dua kami di Club Med. Di kesempatan itu aku, Emily, Rosli, Rajan, Din, Izam serta Betty mengambil kesempatan untuk private beach club med, dengan harapan kami boleh ’sailing’. Malangnya, kami tak buat tempahan awal, jadi kami hanya boleh posing sahaja, itu pun jadilah.

Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady

Jejaka Idaman HR Department Dutch Lady

Kami tak mandi di pantai, maklumlah, masing-masing nak menjaga aurat…heheh…sebenanrnya…kami tak ada kesempatan nak mandi pun kat pantai tu..dan aku memang tak sanggup nak membakarkan diri ku dengan kepanasan pantai cherating.

Jejaka Hensem Di Pantai Cherating

Jejaka Hensem Di Pantai Cherating

Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan

Wajah Ceria Menunggu Ketibaan Makanan

Sepatutnya program malam kedua di Cherating, sambung meeting, tapi, boss buat announcement di Thong Juan restoran malam tu acara bebas!!! Oh ya..malam tu kami tak dinner di resort, coz nak cuba seafood di restoran yang dikatakan agak terkenal di Kemaman, iaitu Thong Juan.

Selepas makan di Thong Juan restoran, kami yang menaiki Rexton kononnya nak ambil angin di pantai cherating, tapi bila sampai ke pantai, takut la pulak nak turun dari kereta, memandangkan area kat sana gelap gelita. Then kami balik ke Club Med, sebab di club Med lagi happening!!! Pasti aku tidak lupakan minuman Virgin Chi Chi, Baby monkey, Monkey Juice Club Med. Kami lepak sambil minum (bukan arak ya!!!) dan melihat telatah dan karenah pengunjung-pengunjung Club Med. Then aku realise, banyak program yang mereka design memang untuk kids. Jadi bagi sesiapa yang bawa anak2 ke Club Med, memang untung, sebab boleh participate dalam banyak program yang telah dibuat oleh organizer.

ok, berbalik kepada cerita Thesis aku, doa ku semoga Allah kuatkan semangat aku untuk siapakan thesis ni. banyak lagi yang aku perlu lakukan, tapi tak tau nak mula di mana!!! Hari ni dah masuk 4 Mac, maknanya aku ada dalam masa sebulan saja lagi untuk siapkan first draft. Semoga aku berjaya!!InsyaAllah.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Apa Jadi Dengan UUM?

February 5th, 2010

Salam,

Saja je buat gempak dengan topik kali ini. sebenarnya dah lama aku nak update blog ni, tapi tak berkesempatan, maklumlah, inilah hakikat orang yang ada banyak blog nak kena update. Ingat aku masa habis exam pada 10 Januari 2010 aku nak update pembaca tentang betapa gembiranya aku telah selesai 4 lagi subjek semester dua 2009/2010. Tinggal lagi dua subjek untuk diambil pada Semester tiga 2009/2010 yang akan memulakan tirai pada 6 Februari 2010.

Kenapa posting aku apa nak jadi dengan UUM sebabnya aku dah tak sabar nak tahu result exam semester lepas, 4 subjek yang aku ambil adalah Legal and Ethical in HR, Managing Change and Communication, HR Development dan Research and Methodology. Mulanya UUM publish dalam website result akan keluar pada 28 Jan 2010, then postpone pada 5 February 2010, dan kali ini postpone pada 7 Feb lak..tapi yang pastinya, esok akan aku jumpa Hamidah di ofis untuk tahu result semester lepas. Berdebar gak ni.

Aku dan Woon Di Friesland Campina Ban Doung, Ho Chin Minh City

Aku dan Woon Di Friesland Campina Ban Doung, Ho Chin Minh City

Berbalik kepada apa aktiviti aku selepas habis exam, minggu pertama habis exam, aku kunjungi Ho Chin Minh City, vietnam, bukan untuk makan angin, tapi untuk hadiri kursus Train The Trainer untuk program World Class Operations Management (WCOM), title course TTT Change Accelerated Program.  Walaupun lima hari berada di vietnam, aku tak berkesempatan untuk melawat tempat2 menarik kat sana, maklumlah training sampai ke lewat petang.

Hanya pada hari terakhir aku sempat berkunjung ke Ban Than Market, tempat yang famous bagi pelancong-pelancong untuk membeli barang-barang seperti tekstil serta pelbagai jenis makanan buatan vietnam.

Aku beli Cempedak Kering kiriman Maria, serta kain baju untuk Siti dan juga Seluar Dockers. Rule of thumb untuk shopping di Ho Chin Minh City adalah kena negotiate harga sehingga 70%. Bayangkanlah, seluar dockers yang aku beli, harga dia letak, 500k Dong (dalam RM90), tapi aku mintak kurang dan dapat hanya dengan harga 200k Dong. boleh katakan murah gak la. Then aku beli t-shirt vietnam dengan harga USD5 sahaja. Paling menariknya, peniaga kat market ini menerima Malaysia Currency semasa jual beli!!!

Banyaknya Motosikal di Vietnam

Banyaknya Motosikal di Vietnam

Semasa di Vietnam, aku menetap di Caravelle Hotel, dan kalau tak kerana Company bayar, aku tak akan menetap kat situ. Bayangkanlah, sepanjang 5 hari 4 malam menginap, kos hotel USD750!!! Mahal giler tu….Ye lah.bukannya aku guna pun facility kat hotel tu pun, sebab kelas sampai ke lewat petang. Yang aku guna selain bilik untuk tidur adalah internet. Nak kata internet laju, tak lah jugak, streamyx di KL lagi laju la. tapi aku boleh la ber’skype’ dengan family di rumah.

Satu benda yang ‘asing’ bagi aku di vietnam adalah motosikal yang membanjiri di jalan raya!! tengoklah gambar di sebelah ini, ribuan motosikal, dan kereta hanya berpuluh biji sahaja. Aku tak akan boleh drive di vietnam, kerana pemandu kereta serta motosikal kat sana semuanya brutal!!!. Hon berbunyi sepanjang masa. Baru aku sedar rupanya pemandu kenderaan di KL ni kiranya jauh berdisiplin dengan pemandu di Ho Chin Minh City. Aku difahamkan sekiranay sesiapa yang ada kereta di vietnam, orang tu memang kaya giler, sebabnya mereka tak buat loan untuk beli kereta, coz cost financing yang amat tinggi. Bayangkanlah, setiap tahun interest adalah 13-14% utk beli kereta. Jadi sesiapa yang beli kereta tu memang akan beli secara tunai saja ataupun Company provides car. Menurut kata Mr Tri (Project Manager Frisland Campina, HCM city) harga Toyota Innova basic adalah USD30k!!!

Gitulah kisah negara orang, kekadang tu rasa bersyukur gak aku ni dilahirkan di Malaysia. Apa yang aku boleh katakan, vietnam pun not bad (except susah nak dapat makanan halal kat sana), dan pembangunan di vietnam sebenarnya lebih pesat dari Malaysia, dan tak mustahil, dalam masa 10 tahun lagi, Vietnam akan lebih maju daripada Malaysia!!!

Oleh itu, bangunlah dari tidur sahabat-sahabatku semua, Teruskan Perjuangan!!! (apa kena lak aku ni???) heheh…

ok lah, aku berundur dulu, nak bersiap untuk solat maghrib lak. wassalam.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

2009 Sarat Dengan Kenangan

December 31st, 2009

Selamat Tinggal 2009!!! Selamat Tahun Baru 2010.

Itulah ucapan yang aku terima daripada rakan-rakan samada di alam cyber atau di ofis hari ini. Dalam kesibukan aku menghadapi Final Exam pada hari sabtu ini, subjek Legal and Ethical in HR serta Research Proposal yang kena hantar this Sunday, aku rasakan perlu untuk menulis sesuatu sempena hari terakhir di tahun 2009.

Sehari Selepas Aku Menjalani Pembedahan Apendiks
Sehari Selepas Aku Menjalani Pembedahan Apendiks

Sejak di dalam kereta sekembali dari pejabat tadi, aku menyorot kembali kenangan 2009. Bukan kerana azam utama aku tidak tercapai pada tahun ini, tetapi untuk menyorot kembali kenangan 2009. Tahun ini bemula dengan sesuatu yang tidak indah, di mana pada 17 Januari 2009 aku menjalani pembedahan Apendiks. Kiranya rekod perkhidmatan aku kerana mendapat dua minggu cuti hospitalisasi. Sakit perut yang dialami disangka sekadar kembung biasa rupanya meleset,apabila doktor mengesahkan aku perlu menjalani pembedahan buang apendiks.

Bulan Febuari 2009, semua adik beradik dari kelantan (kecuali Kak Za) serta Ayah dan Mi datang ke Kuala lumpur untuk hantar Abe Pu yang akan migrate ke Jeddah.Boleh katakan satu gerombolan la dari Kelantan datang untuk menghantar abe pu yang akan bekerja di Islamic Development Bank, Jeddah. Meriah rumah aku dikunjungi oleh satu keluarga dari Kelantan.

Bergambar Dengan Abe Pu Sebelum Berangkat ke Jeddah
Bergambar Dengan Abe Pu Sebelum Berangkat ke Jeddah

Pada 11 Mei 2009, aku dan Siti telah membuat satu keputusan yang agak penting dalam pengurusan kewangan kami, kerana kami telah memilih untuk memiliki kediaman yang lebih selesa di Saujana Impian, Kajang. Sehingga kini aku masih lagi berkira-kira, adakah aku dan Siti telah membuat keputusan bijak dengan membeli sebuah rumah yang bernilai RM643k? Adakah kami akan mampu menguruskan kewangan dengan baik setelah rumah kami siap nanti pada penghujung tahun 2010?

Bakal Rumah Kami
Bakal Rumah Kami

Pada bulan Jun 2009, sekali lagi Jauzil masuk hospital. Kalau tahun 2008, jauzil menjalani pembedahan jantung di IJN, kali ini, Jauzil ‘admitted’ kerana pnumenia. Alhamdulillah, setelah 5 hari dalam wad, Jauzil dibenarkan keluar.

Sepanjang 6 bulan pertama pada tahun 2009, aku sentiasa demam, pelik dan ajaib, kerana sebelum ini aku sentiasa ok, mc pun tak banyak. Agak-agak kenapa? Setelah buat post mortem, baru aku perasan, aku mula kerap demam sejak Ogos  2008, setelah sebulan amalkan produk USANA. Pada pengamatan aku, tak semuai orang sesuai dengan vitamin yang dikatakan Terbaik Di Dunia ini. Apa yang membuatkan aku yakin produk USANA membuatkan aku sentiasa mengalami demam panas dan selesema?

Pada 30 Mei 2009, aku mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UUM, KL. Semangat berkobar-kobar untuk belajar dan sebolehnya aku ingin habiskan pengajian dalam tiga semester sahaja bagi mengejar cita-cita aku yang menggunung tinggi! Bagi mendapatkan otak yang cergas serta mudah ‘pick-up’ masa belajar, aku amalkan minum Jus Kurma E-Genius (bukan promosi yaa), setiap pagi bangun dari tidur, aku terus minum dua sudu selepas minum secawan air tapisan rx-water. Since June 2009, aku tidak demam dan juga hadapi selesema lagi!!!! Alhamdulillah..aku yakin, Jus Kurma E-Genius, yang mengandungi bukan saja extrak kurma, malah Habbatus Sauda dan herba-herba lain, telah meningkatkan antibodi badan aku. SAY NO to US Product!!! Produk US (Usana) menyebabkan kesihatan aku makin menurun, bukannya makin sihat.

Akram Jauni
Akram Jauni

Hari-hari berlalu, kami tidak sabar lagi menunggu kelahiran Permata ke 3 menghiasa kebahagiaan rumah tangga kami. Bulan Julai 2009, detik 11.58 am tanggal 13hb, lahirlah anak ke tiga kami, yang dinamakan Akram Jauni. Kelahiran Jauni adalah selepas 18 bulan kelahiran anak kedua kami,  Jauzil Falah. Meskipun mendapat tiga anak lelaki, aku dan Siti tetap menerima kelahiran ketiga ini dengan penuh ‘excited’ membayangkan bagaimana rupa paras anak ketiga kami, adakah akan sama dengan abang-abangnya?

Setelah dua minggu kelahiran Jauni, pada 27 Julai (bersamaan 15 Syaaban 1430) seluruh keluarga ku amat bersedih atas kehilangan ayah tercinta. Pemergian ayah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda, malah arwah ayah menghembuskan nafas terakhir beliau setelah kembali dari kebun getah, sambil bersandar di kerusi simen rumah sepupu kami.

Kereta Mazda3 Aku Remuk
Kereta Mazda3 Aku Remuk

Setelah mendengar berita yang amat sedih dalam sejarah hidup aku, fikiran bercelaru bagaimana harus aku pulang ke kampung? Akhirnya keputusan dibuat untuk pulang dengan kereta, kerana jam baru menunjukkan 2.30 pm. Kami bertolak lebih kurang jam 3.00pm, dan lebih kurang pukul 6.30pm, kereta yang aku pandu, Mazda3 , hilang kawalan, menyebabkan kereta yang kami naiki terbalik sebanyak 2 kali dan remuk teruk. Alhamdulillah, kami tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta yang bernombor WQA 7667 disahkan total loss dan tidak boleh dibaiki lagi.

Kenangan Arwah Tok Ayah Dengan Cucu
Kenangan Arwah Tok Ayah Dengan Cucu

Raya tahun ini adalah raya pertama tanpa ayah tercinta, suasananya rasa hambar sekali. Walaupun kami adik beradik sudah berkeluarga, namun kehilangan ayah amat dirasai. Tambahan lagi, raya tahun 2008, arwah ayah  dengan ’sporting’ sekali mengambil gambar kami adik beradik. Begitu juga dengan cucu-cucu, banyak sekali gambar yang aku rakam gambar arwah ayah dengan cucu-cucu. Sungguh tidak sangka itu adalah raya terakhir ayah bersama kami.

Raya tahun ini aku dan Siti mengambil keputusan untuk balik ke Kelantan dengan Air Asia memandangkan Bibik kami, Ida Rohada pulang ke Medan. Kami kembali ke KL pada hari Khamis dan bibik dijangka pada hari sabtu. Namun, kekalutan melanda kami, anak bibik sms bagitahu passport Mama dia hilang!!! Aku yakin ini adalah satu helah untuk bibik tidak datang lagi ke Malaysia!!!! Sampai hati bibik buat sebegini kepada kami anak beranak. Kami melayan bibik yang sudah tua ini seperti ahli keluarga, dan walaupun dia adalah seorang pemalas, kami tidak kisah asalkan dia menjaga Jauzil dengan baik. Kini baru kami sedar, rupanya bibik telah bagi hint untuk tidak datang lagi selepas raya kerana tidak sanggup untuk menjaga Jauni dan Jauzil lagi.

Aduh….pening kepala memikirkan pasal pengasuh anak2 kami. Semua serba tak kena, nak cari pengasuh di rumah, tak ada yang sanggup, nak tinggalkan di nursery, amat sedih aku tengok keadaan nusery yang terdekat dengan rumah kami ini! Akhirnya siti mengambil keputusan untuk ambil Cuti Tanpa Gaji. Aku rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Bibik Dengan Haziq dan Jauzil
Bibik Dengan Haziq dan Jauzil

Mendengar cerita Siti akan mengambil Cuti tanpa gaji, bantuan dari Cikgu-cikgu di SK taman desa datang bertalu-talu…ada yang mencarikan nursery, dan ada yang mencari maid, dan akhirnya ustaz zakir mencadangkan kami menemui seorang yang bernama Tini, di Gombak yang sanggup menjadi pembantu rumah kami. Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan seorang yang lebih baik dari Ibu Ida. Mungkin inilah hikmahnya Bibi Ida tak datang ke Malaysia selepas raya, kerana Allah ingin menggantikan yang lebih baik kepada kami.

Dalam kekalutan ketiadaan pembantu rumah, keputusan peperiksaan Trimester Pertama Keluar. Berdebar-debar aku ingin mengetahui keputusan Subjek (1) HR Management (2) Starategic HRM (3) Industrial Relations dan (4) IT For Managers. Bagaikan tidak percaya bila melihat keputusan peperiksaan, alhamdulillah, aku boleh score Straight A utk semua subjects!!! Dapatlah merasa 4 Flet dalam sejarah pembelajaran aku di Universiti.

Walaupun penuh dengan episod2, tahun 2009 menyaksikan badan aku makin gempal dan gebu. Pada 15 Oktober 2009, 3 hari sebelum ulang tahun kelahiran aku yang ke 32, aku telah membuat keputusan untuk mengambil Jus Mate 5, dan aku nekad untuk tidak makan nasi lagi. Sehingga hari ini, aku telah berjaya dengan diet karbo, tak makan nasi, dan berjaya turunkan berat dari 78kg kepada 73kg dalam masa 2 bulan tanpa senaman.

Satu sejarah lagi menempa dalam hidup aku. Pada 1 November 2009, aku membuat keputusan untuk meninggalkan RHB Bank Berhad untuk menyahut cabaran yang hebat dan lebat daripada Dutch Lady Milk Industries Berhad. Daripada seorang Senior Manager specialize in IR sahaja di RHB, aku menerima jawatan HR Manager, a generalist HR di DLMI demi mencapai Visi Utama dalam hidup aku!!! Tak perlu ku nyatakan di sini, namun ianya terpampang di dada ku serta setiap hari ku bicarakan visi ini dengan Siti.

Ternyata keputusan aku untuk meninggalkan RHB sebelum mendapat bonus yang dijangka akan diumumkan pada akhir Januari 2010 adalah amat tepat!! Aku rasa amat bertuah untuk masuk di satu organisasi yang memberikan satu ‘job’ yang membuatkan aku menjadi lebih ‘engage’ dalam pekerjaan. Bukan sahaja ‘empowerment’ yang setaraf dengan jawatan, malah yang pentingya, mendapat seorang boss yang boleh menjadi seorang ‘leader’ yang boleh memberi inspirasi kepada aku!

Hari ini cukup lah sebulan aku berada di DLMI, namun keakraban dan kemesraan kawan-kawan di DLMI membuatkan aku rasa telah lama mengenali mereka semua. Terima kasih aku ucapkan pada boss, Mazri serta rakan-rakan di DLMI, Mariah (teman Jus Mate 5 ku, tapi rasanya dia telah give up), Azlan, Rosli, Nina, Rajes, Rozi, Maiza serta Rajen yang amat mesra dan menyenangkan membuatkan aku rasa tidak jemu untuk ke ofis!!! Aku cadangkan kepada teman2 agar menjadikan moto ‘everyday is a public holiday’ menjadikan kami lebih ceria berada di ofis,even dalam kekangan kerja yang mungkin agak banyak.

ok, ini sajalah coretan buat kali ini, aku perlu sambung siapkan research proposal malam ini juga.

Selamat Tahun Baru 2010, Semoga Aku Boleh Mencapai Cita-Cita yang Tidak Tercapai di Tahun 2009. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Laman Web Palsu Maybank2u.com

December 25th, 2009

Dalam kecanggihan sistem perbankan internet, penyangak pun lebih bijak sekarang ni. Kalau dulu nak mencuri duit orang kena masuk dan pecah rumah, sekarang ni pencuri dan penyangak boleh menggunakan kemudahan IT! Penyangak ini semua menggunakan kelemahan kita sendiri, iaitu kealpaan kita untuk memeriksa ‘link’ atau alamat laman web yang kita enter, untuk pastikan ianya adalah  palsu atau ‘fake’ dan sebaliknya. Oleh itu, saya menyeru kepada anda semua, berhati-hati dengan transaki perbankan internet!

These people are very good at their job copying the original site. The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site. Sila berjaga jaga ya sebab once they have your id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.

ok, saya ingin paparkan satu emel yang saya dapat daripada yahoo groups, di mana beliau telah menjadi mangsa kepada penyangak ini. Harapan kita semua agar pihak maybank serta bank-bank lain mengambil tindakan sewajarnya atas saranan yang dibuat oleh beliau.

Bagi saya telah terkena dan sedang membuat ujian2 bagi mencari dimana ‘bocor’nya sistem perbankan yang telah  sediakan lubukwang bagi penyangak , saya mendapat ada bbrp perkara yg perlu diambil perhatian oleh pihak bank iaitu

1-Perlu wujudkan ‘kunci’ lapisan kedua seperti citibank.

2-Sentiasa memeriksa sistem TAC dan pastikan ianya selamat.  Bank selalu suruh pelanggan tukar id/password ttp bank ada tukar service provider tak?  saya tak pasti apakah service provider bagi sistem SMS yg menghantar TAC itu ditukar atau dapat tender seumur hidup.

3.Pihak bank2 perlu ambil perhatian jgn asyik salahkan pelanggan. Ingat sikit , customer is always right-itu pepatah perniagaan. Tak ada rugi kalau pihak bank bekerjasama dgn pelanggan untuk perangkap ‘phisher’, jgn asyik suruh pelanggan hindari perangkap. Patut guna perangkap tu, tangkap mereka semula.   Contohnya saya bagi jalan begini:- pihak bank bagi insentif sikit kpd pelanggan supaya majukan email fake ini kpd mrk sebelum  mereka tembusi URL yg menjadi umpan. Atau pelanggan boleh pergi ke maybank dan akses internet dari bank. sebelum tu pihak ICT bank perlulah siapakan diri untuk tangkap IP address, dan pengguna tak perlu masukkan username/password yg betul. Taip sahaja lah apa pun… jadi bila penyangak wang  tu cuba akses sistem dengan memasukkan username dan password yg salah, mrk pasti kantoi.

Mengikut siasatan saya siang tadi, saya merasakan pihak service provider bagi SMS TAC (shortcode 39628) adalah dalang utama bagi kes saya di maybank. Saya akan cuba buktikan nanti bila dapat jawapan dari soalan2 saya kpd maybank. Harap maybank akan beri kerjasama. Kesian org bank pecah kepala cari  kesilapan sistem mereka sendiri dan cuba salahkan pengguna , sebenarnya sistem bank tak ada silap, pengguna sudah teraniaya, yang tersengeh ialah mereka yg  curi content SMS TAC ini.  Sebab tu pihak bank mesti berfikiran “customer is always right”, barulah kita boleh tangkap penyangak siber.

4- Petang tadi bila saya berurusan dengan customer service maybank ternyata mereka tak tahu siapa service provider yang mengendalikan penghantaran TAC number. Saya tak salahkan staff maybank sebab mungkin selama ini tak apa pengguna yg tanya soalan maut tu. Saya tanya celcomcareline, mereka kata nombor 39628 itu bukan mereka yg kendalikan. Habis siapa yg sediakan, syarikat mana? kenapa tak berani disclose nama syarikat pengendali?

5-Pihak bank kununnya pentingkan sistem keselamatan dan mengajar pelanggaan sentiasa  pastikan no akaun yg dimasukkan untuk buat pindahan adalah betul. Tetapi bila nombor akaun dimasukkan , nama yg terpamer pada skrin monitor hanyalah 22 aksara, selebihnya tak nampak. Apa masalah bank untuk paparkan 100 aksara (character). Contoh jika saya ingin masukkan duit ke dalam akaun seseorang yg namanya panjang seperti lina hazlina binti agus romani, saya masukkan nombor akaun 12 digit dan tekan enter.  skrin akan pamerkan nama tuan punya akaun hanya LINA HAZLINA BINTI A  jadi macam mana nak buat kepastian itu no akaun yg betul. Mungkin ada pelanggan lain namanya LINA HAZLINA BINTI ABDULLAH ATAU BINTI AHMAD ATAU BINTI AMIR.    Saya harap bank negara juga ambil perhatian hal ini. Bagi arahan supaya semua bank pamerkan keseluruhan nama pelanggan. Skrin monitor cukup luas untuk pamerkan nama pelanggan, kenapa nak ditutup tutup pula..?? kalau pelanggan namanya ali bin abu baru nampak semua sekali- tak adil!!

6-Pihak bank negara sepatutnya menambah kuasa kpd bank untuk menjaga kebajikan pelanggan yg terniaya. Buat masa ini pihak bank amat memihak kepada  penyangak, mereka melindungi maklumat penyangak kununnya ianya sulit.  Sampai nak tahu nama penuh orang yang kita bagi duit pun tak boleh takut kena berhenti kerja, diambil tindakan tatatertib kerana melanggar perjanjian dengan majikan. Kalau inilah kuasa bank yg simpan duit pelanggan berjuta, maka semakin berleluasalah penyangak. Apakah ini ‘loop holes’ yg disengajakan dalam akta BAFIA?  Saya tak minta maklumat orang lain , saya hanya minta  maklumat orang yg saya beri duit. Jadi saya minta bank  keluarkan maklumat yg berkaitan dengan akaun saya, termasuklah kpd siapa duit itu pergi.  kalau bank tak ada kuasa,mintalah kuasa tu dari bapa bank iaitu Bank Negara. Ini tidak, duduk diam sahaja, kemudian bagitahu pelanggan ‘kami tak ada kuasa’ dan jadi macam tikus mondok pulak. Apa gunanya ada persatuan bank-bank.?   hari ini saya kena, esok lusa mungkin sataff bank sendiri yg kena barulah tahu langit tinggi rendah. Sebagai oarng ygang teraniaya , saya hanay ada satu senjata aiaitu berdoa dan berusaha. Say tidak harap sepenuhnya kepada pihak polis, mereka ada beribu2 kes lagi yg lebih memerlukan kepakaran mereka.

Share/Save/Bookmark

admin Umum

Apa Perubahan Aku Setelah Dua Bulan Minum Jus Mate 5

December 19th, 2009

Salam,

Bulan ini, pada 15 Disember 2009, genaplah dua bulan aku minum Jus Mate 5. Tak tahulah ada perubahan ketara atau tidak, tapi aku dapat rasakan badanku makin ringan, serta bila diukur dengan tali inci, perut atas, perut bawah, pinggang dan punggung telah turun 2 inci. Satu perkembangan yang memberangsangkan walaupun penurunan tidak terlalu pantas seperti yang aku jangkakan. Kalau sebelum minum Jus Mate 5 berat aku 78kg, sekarang berat aku 73.5kg.

Sehari Sebelum Minum Jus Mate 5

Sehari Sebelum Minum Jus Mate 5

Gambar sebelah ini di rakam pada 14 Oktober 2009, 4 Hari sebelum Hari Ulang Tahun 32 aku, dan sehari sebelum aku minum Jus Mate 5.

Bagi, aku, penurunan berat badan ini tak boleh la nak dibanggakan sangat, sebabnya, sebelum ini pun aku pernah dan sentiasa berada dalam lingkungan berat 73kg-75kg, cuma sejak tahun 2007, selepas keluar dari MEF, berat aku sentiasa bertahan 77kg-78kg.

Target aku sebenarnya menggunung tinggi, ingin capai 65kg, iaitu berat idaman, tak taulah tercapai atau tidak, sebab aku ni jenis yang malas bersenam.

Sepanjang minum jus Mate 5 ni, hanya dua kali aku sempat pergi jogging, selainnya, aku hanya duduk atas Ogawa Ez Shape, goyangkan badan selama 20 atau 30 minit, ikut mood. Bukannya hari-hari, sebab ada time malas tu, nak berdiri di atas mesin tu pun aku jadi malas!!! Penyakit malas ni bukan saja bila bab nak baca buku..nak bersenam pun malas, apalah nak jadi….

Selain daripada malas nak bersenam, aku tak boleh skip dari minum air manis! Tak adalah manis sangat pun, cuma bila buat nescafe sendiri kat rumah, aku akan letak gula 1 1/2 sudu kecil, tetap ada rasa manis. Sepanjang berdiet di RHB, setiap hari daku adalah peminat setia Teh Tarik De Saji!!! Tapi kurang-kurang manis la…heheheh

Selepas Dua Bulan Minum Jus Mate 5

Selepas Dua Bulan Minum Jus Mate 5

ok, kalau korang nak tengok mcmana rupa mesin senaman aku, cuba tengok gambar sebelah ni, di belakang aku dekat dengan langsir, sebelah kipas berdiri tu, itulah dia Mesin Ogawa EZ Shape yang aku beli pada awal tahun 2009.

Gambar ini baru diambil malam ini, pada 19 Disember 2009, dengan SonyEricssonW995 baru dibeli tengahari tadi (sempat ke low yat sebelum ke kelas Legal & Ethical in HR), tapi dalam gambar ni lupa nak set date and time. Nanti ada orang tak caya la pulak..tapi tak apa..dalam sebulan lagi..aku letak gambar lagi hensem…ok tak?hehehehe…

Satu lagi problem dengan aku masa diet ni…susah nak tinggal makanan ringan macam keropok bergoreng. Sebab rasa nak makan keropok sentiasa bergelora especially selepas dinner di waktu petang. Awalnya rasa la jugak bersalah bila makan keropok, tapi sekarang ni, hentam aje!!! mcamana nak turunkan berat badan lagi ni?

so far aku berjaya la tak makan nasi, tapi terpaksa makan juga bila balik kelantan masa Raya Aidil Adha baru-baru ini. Siap bawa bekal xenical tu!!!. kiranya berketul-ketul gak la keluar agaknya sebab campur dengan lemak daging korban..heheh

so, Inilah hasilnya selepas dua bulan mengalami kesengsaraan, namun rasanya sekarang ni dah tak sengsara seperti awal2 dulu. Betul la kata orang2 tua, kalau nak amal sesuatu, buat 44 hari berterusan, pasti ianya akan menjadi satu tabiat untuk kita. Kiranya lepas ni kalau aku tak makan nasi pun dah kira ok, tak adalah rasa ralat atau kepingin sangat pun, sebab selain daripada nasi, banyak lagi benda2 lain yang berkhasiat yang boleh mengenyangkan badan kita.

Ok, setakat inilah dulu perkongsian dari aku, jam dah menghampiri 10.00pm, masa untuk berehat bagi memberi laluan kepada badanku untuk mengumpul tenaga sebagai persediaan untuk bangun seawal jam 3pagi esok bagi persediaan untuk buat assignment serta research proposal.

Bye, wassalam, dan Salam Ceria,
Humaizi

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Apa Makna Hijrah Bagi Aku

December 18th, 2009

Salam,

Hijrah membawa seribu makna pada setiap orang. Setiap kali kita bertanya apa yang mereka faham tentang hijrah, dalam ribuan makna membawa satu maksud sahaja, iaitu berubah dari menjadi seorang yang ‘nakal’ kepada seorang yang lebih baik. Ini memang lumrah kehidupan, kalau kita rasa kita perlu berhijrah, ada ke orang nak berubah dengan mengunjungi disko, jadi pelanggan pelacur, serta melakukan lebih banyak maksiat?  Even kalau seseorang yang dipenjarakan, bagaimana pihak penjara ‘educate’ mereka ini? Bukankah untuk kembali kepada agama?

Begitulah dengan diri kita juga. Sepanjang 32 tahun aku telah berada di muka bumi ini, cukupkah aku bersedia untuk kembali menemui Ilahi pada bila-bila masa? Ya Allah, bila dihitung kembali, banyaknya dosa-dosa yang telah ku lakukan di muka bumi ini. Dari mengumpat orang sehinggalah melakukan transaksi yang melibatkan riba, semua itu adalah dosa yang akan dihisab di padang mahsyar suatu hari nanti. Semua orang tidak akan terlepas dari hitungan tersebut. Manakalah pahala pulak, sebanyak banyak pahala yang telah aku buat? Takut rasanya untuk menghadapi kematian…istilah yang selalu aku dengar dari orang-orang di sekeliling aku..semua orang takut untuk hadapi kematian, namun sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat-saat sedemikian?

Kehidupan seharian begitu mengejar kepada keduniaan, sehingga ada seketika aku lupa kita berada di sini adalah atas keredhaan Ilahi, yang memberikan rezeki kepada kita atas dasar usaha dan tawakkal kita kepada Nya. Dari Ilahi kita datang, dan kepada Nya juga kita kembali suatu hari nanti.

Sebenarnya tak salah untuk kita semua mengejar kemewahan hidup, tapi yang menjadi kesedihan kepada aku adalah, ramainya orang di sekelilingku begitu mudah untuk meninggalkan solat sewaktu berada di pejabat? Kenapa aku tidak berdaya untuk menjadi seorang pendakwah, dengan hanya memberitahu Solat Itu adalah TIANG AGAMA, dan sebaik mana amalan kita yang lain, tanpa SOLAT, amalan2 baik yang lain akan tergantung, dan tidak dihisab kerana tiada tiang? Kenapa aku begitu lemah untuk memberitahu perkara yang amat penting dalam kehidupan seseorang Muslim sebegini? Ya Allah, berikanlah hidayah bukan sahaja kepada aku, malah kepada orang-orang disekeliling daku yang kebanyakannya ku ketemui dan berada di sekeliling mereka sepanjang 8-9 jam sehari, lima hari seminggu.

Tahun baru Hijrah 1431 tidak memberi makna kepada aku, serta sekalian mukmin semua, sekiranya tidak ditanam satu niat dan azam yang murni untuk membuat satu perubahan ke arah kebaikan. Sematkanlah satu azam di sanubari, tahun baru ini adalah tahun menentang kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan. Mungkin sekiranya kita tidak terdaya untuk melaksankan kepada orang lain, kepada diri kita sendiri pun sudah terlalu cukup. Mulakan dulu dengan diri kita sendiri.

Share/Save/Bookmark

admin Kisah Daku

Ads Plugin created by Cheap Web Hosting - Powered by Tokai and r4 ds card.