Public Ittikal dibuka Semula Untuk Pelaburan KWSP

Powered By WPOptinForm

Pelaburan KWSP

Salam,

Berita baik untuk ahli KWSP untuk membuat pelaburan KWSP. Dana yang paling hangat, Public Ittikal, kini dibuka semula untuk pelaburan KWSP berkuakuasa pada 20 Oktober 2011.

Public Ittikal Dibuka Untuk Pelaburan KWSP

Dana Public Ittikal telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 20.01 peratus berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 23 Mei 2011. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 22 anugerah dana dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Islam Failaka.

Public Ittikal Di buka semula untuk Pelaburan KWSP

Untuk kali ini, pembukaan semula Dana Public Ittikal adalah hanya untuk pelaburan kwsp sahaja. Bagi pelaburan cash, ianya tetap ditutup.

Namun begitu, pelabur yang ingin melabur mengunaikan tunai, boleh berbuat sedemikian melalui Dana Baru yang dilancarkan iaitu Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang dilancarkan pada 11 October 2011.

Tawaran untuk dana  PITSEQ akan berakhir pada 31 October 2011. PITSEQ mempunyai ciri yang sama seperti  Public  ITTIKAL seperti yang telah saya terangkan dalam posting sebelum ini.

Pelaburan KWSP dan Public Ittikal Sekarang

So, untuk ahli KWSP, jangan tunggu lagi, bertindak segera untuk membuat pelaburan kwsp melalui dana Public Ittikal. Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Humaizi
0193726080

Share

Coretan Hatiku di Hari Lahir yang ke 34

Powered By WPOptinForm

Assalamualaikum

Hari ini, 18 Oktober 2011 usiaku genap 34 tahun. Syukur kerana Allah masih bagi aku peluang untuk hidup di dunia ini untuk menjadi seorang hamba kepada Nya. Aku dilahirkan pada tahun 1977, pada jam 6.30am, anak ke 7 kepada pasangan Mat Noor bin Haji Taib dan Khadijah bt Che Hassan. Bila mendengar kisah kelahiranku daripada ibu tercinta, yang kami sekeluarga panggil Mi, amat terharu dan sedih. Begitu berat pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ini.

Aku dan Abe Pu di Kg Pasir Senior

Sebaik selepas melahirkan aku ke dunia, Mi di bawa ke hospital kerana ‘lekat sok’ atau pun lebih dikenali sebagai Uri lambat keluar. Mi di masukkan ke hospital Kota Bharu, dan kebetulan pada masa itu Kelantan diisytiharkan darurat, jadi Mi tak boleh pulang walaupun telah discaj. Selama 2 minggu aku dijaga oleh Mak Sedara dan kakak-kakak di rumah di Kg Pasir Senor.

Itulah kisah awal kelahiranku…kini 34 tahun telah berlalu, aku telah mencapai apa yang diinginkan. First, aku ingin belajar dalam bidang Undang-Undang UIA,seterusnya memperolehi Ijazah Lanjutan, kemudian, ingin menjadi Manager di usia 30 tahun, seterusnya, Senior Manager sebelum usia 35 tahun.

Aku dan Siti pada tahun 2003

Namun begitu, anugerah Allah yang tidak terhingga adalah aku dikurniakan seorang Isteri, Siti Haslina bt Abdullah yang amat bernilai, ibu kepada 4 orang anak lelaki kami. Tiada kata dapat ku ungkapkan, hanya kesyukuran dapat ku panjatkan betapa pengorbanan dan ‘understanding’ dalam apa jua perkara yang ku lakukan seterusnya mendapat support 100% daripada isteri ku. Kami bukanlah pasangan yang romantic, tapi itu bukanlah kunci kepada kebahagiaan dalam rumahtangga. Bagi aku, memahami kehendak pasangan, menyokong sepenuhnya, dan member moral  support adalah tiga perkara penting untuk mengelakkan pertikaman lidah antara kami berdua sepanjang 8 tahun tinggal di bawah satu bumbung.

Amat Susah Nak Cari Gambar Sempurna..maklumlah anak2 kecil susah nak shooting betul-betul..Inilah Keluarga kami

Berbalik kepada karier impian, aku telah capai apa yang aku impikan…pada awalnya, target aku untuk menjadi seorang HR Director di usia 40. Namun begitu,setelah memasuki bidang korporat, bermula dengan Utusan, RHB, Dutch Lady dan Scope International, aku mula terfikir, adakah aku ingin meneruskan karier yang sibuk dan stress sepanjang usia sebelum pencen?  Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan aku untuk belajar tentang bisness pada tahun 2007. Kegagalan bisnes MLM menjadikan aku lebih gigih untuk belajar Internet Marketing.

Here I am today..aku telah bagi surat resignation pada 4 Oktober 2011, dan telah tekad untuk menjadi usahawan melalui medium Internet Marketing secara sepenuh masa selepas Hari Raya Aidil Adha 2011, iaitu pada 7 November 2011. Aku akan teruskan menjual produk fizikal serta digital melalui affiliate, dan aku akan menggiatkan lagi usaha untuk menjenamakan diri dalam www.ahmadhumaizi.com sebagai seorang Islamic Unit Trust and Takaful Consultant. InsyaAllah, melalui internet marketing, peluang untuk menjadikannya lebih viral sekaligus boleh meramaikan lagi bakal prospek yang aku temui.

Panjang berjela la pulak posting aku hari ini…ok..my birthday wish yang ke 34 ni…semoga Allah memberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup aku dan keluarga…dan yang pentingnya, aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan aku Taufik dan Hidayah sekaligus menjadikan aku pemimpin yang diredhainya untuk keluarga kami. Besarlah harapan aku agar suatu hari nanti, aku boleh berbakti  kepada umat Islam yang lain especially yang memerlukan semangat, motivasi, kesedaran serta bantuan kewangan. InsyaAllah. Itulah matlamat aku yang seterusnya..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku…Amin Ya Rabbal Alamin..

 

Share

Menyingkap Tirai Pelaburan KWSP

Powered By WPOptinForm

Pelaburan KWSP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita tentang pelaburan KWSP ni memang hangat. Semalam saya ada tunjukkan print screen yang diambil melalui laman web KWSP, ke mana pelaburan dana KWSP.

Dalam posting ini, saya nak dedahkan surat daripada KWSP sendiri berkenaan dengan pelaburan KWSP.

Hakikat Pelaburan KWSP

Dengan surat ini, terjawablah segala persoalan tentang isu halal atau haram pelaburan KWSP yang diuruskan oleh KWSP sendiri.

Pelaburan KWSP Tidak Halal

Pelaburan KWSP

Pelaburan KWSP Haram?

Menurut Ustaz Zaharudin melalui laman blog beliau KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.

Namun begitu, anda kini ada pilihan untuk keluarkan sebahagian dana KWSP daripada akaun 1 ke akaun Unit Trust yang menepati Shariah, jadi kenapa anda perlu pilih untuk kekal dalam KWSP?

Buat tindakan segera untuk mengasingkan simpanan anda ke sumber yang halal. InsyaAllah.

 

Humaizi
Public Mutual Consultant
019-3726080

Share

Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?

Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran saham Bursa Malaysia dan serantaui, ramai takut nak beli unit trust pada bulan ini. Perlu ke anda risau untuk beli unit trust bila pasaran Bursa Saham trend menurun? Bulan Oktober 2011 ni menyaksikan pasaran saham sekejap turun, kemudian naik. Ok, dalam posting ini saya nak share info tentang bilakah waktu yang terbaik untuk anda beli unit trust.

Bila Nak Beli Unit Amanah?

Hakikat sebenarnya, dalam unit amanah, tiada panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.

Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli.

Membeli unit ketika pasaran sedang naik menjadi favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat dari pelaburan mereka. Tetapi perlu di ingat, mereka akan kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli. Persoalannya, bilakah anda tahu harga pasaran naik atau menurun? Ikut trend? Susah nak cakap gak kan?

Membeli unit ketika pasaran sedang menurun  juga menjadi favourite ramai. Sebab dengan harga lebih rendah, semakin banyak unit yang kita perolehi. Dan dengan unit yang banyak ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.

Kesimpulannya, membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan. Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru. Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).

Kredit tu Maliki http://www.my-unit-trust.com/ kerana idea yang diberikan melalui blog beliau untuk topik ini.

Share

Pelaburan KWSP Halal?

Pelaburan KWSP

KWSP ataupun nama panjangnya KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA adalah satu tabung untuk simpanan pekerja supaya boleh digunakan apabila hari tua atau selepas pencen nanti. Sebagai seorang pekerja, kita wajib utk mencarum dlm KWSP.

Pelaburan KWSP Dengan Unit Trust

KWSP bertindak sebagai badan yang menguruskan simpanan hari tua kita jadi KWSP bukanlah BUKAN DANA PELABURAN kerana tiada aqad pelaburan yg dibuat antara kita dan KWSP seperti yang kita buat dengan ASB atau Public Mutual.

Berbalik kepada simpanan KWSP, ianya memang pure simpanan simpanan dan sebagai seorang penjaga wang kita, KWSP berhak untuk laburkan wang kita di mana-mana kaunter yang mereka nak sebab itu merupakan initiative KWSP sendiri dan bukan kita yang berkuasa untuk membenarkan atau tidak membenarkan duit kita dilaburkan. Jadi, skop pelaburan kwsp adalah diluar bidang kuasa kita sebagai ahli.

Kalau anda nak tahu ke mana wang KWSP dilaburkan, sila lihat gambar di bawah, yang saya ambil print screen daripada laman web KWSP.

Pelaburan KWSP Haram?

Ke Manakah Wang KWSP Anda Dilaburkan?

Sebagai seorang pekerja, kita tiada pilihan untuk tidak mencarum dan inisiatif KWSP untuk melaburkan duit kita tu adalah di luar bidang kuasa kita. Namun begitu, kita ada pilihan untuk keluarkan sebahagian daripada simpanan KWSP daripada akaun 1 untuk dilaburkan dalam Unit Amanah seperti Public Mutual. Jadi, kalau anda tak buat pilihan untuk alihkan simpanan KWSP ke dana Shariah dan membiarkan KWSP uruskan simpanan anda untuk melabur dalam kaunter haram di Bursa Malaysia…saya pasti anda dah tahu jawapannya kan?

Skim pelaburan KWSP dalam Unit Amanah adalah satu skim yang sah dan diiktiraf oleh KWSP, dan memang digalakkan oleh badan berkenaan untuk ahli-ahlinya memperolehi dana persaraan yang lebih banyak apabila bersara nanti.

Baru-baru ini ada satu surat dari pihak kwsp, dengan selamba je pihak pengurusan kwsp menyatakan betapa susahnya nak menguruskan duit RM 200 billion di bawah jagaannya utk dilaburkan ke dalam institusi patut SYARIAH!!

Ini bererti duit caruman pekerja muslim akan bercampur dgn milik non-muslim akan dilaburkan ke syarikat tersenarai di bursa malaysia dan luar negeri tanpa megambil kira halal haram.

Seperti yang anda tahu, pulangan KWSP amat kecil sekali, iaitu di antara 4%-6% setahun, then labur pulak di bank konvensial, syarikat tidak patuh syariah …

Pelik juga kan kenapa syarikat unit amanah swasta seperti public mutual dan lain-lain buleh menguruskan dana islamic RM20 billion dan pulangannya pula di antara 15%-20% setahun?

Wallahua’lam…anda buatlah keputusan..Nak Dividen Lebih serta Mematuhi Shariah ataupun Dividen Ciput tapi Sumber Pelaburan Haram?

Humaizi
019-3726080

Share

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat

Assalamu’alaikum.

Seperti yang kita maklum, hari Jumaat adalah penghulu segala hari . Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat. Ada orang yang suka baca Yassin pada malam Jumaat, dan bila membincangkan perkara ini, Ustaz Azhar Idrus menyatakan Surah Yassin boleh dibaca pada hari apa2 saja..jangan khususkan hanya pada hari Jumaat saja.

Kelebihan Surah alKahfi

Namun begitu, pada malam Jumaat, lebih baik membaca Surah Al-Kahfi, kerana tercatit dalam Hadis tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahf pada malam/ hari Jumaat.

Maafkan saya sebab mengambil petikan dari Bahasa Inggeris, tapi ini adalah kandungan hadis tentang kelebihan surah alkahf yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau:

From Abu Sa’eed al-Khudri, who said: “Whoever reads Soorat al-Kahf on the night of Jumu’ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka’bah).”

(Narrated by al-Daarimi, 3407. This hadeeth was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami, 6471)

“Whoever reads Surah al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.”

(Narrated by al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar said in Takhreej al-Adhkaar that this is a hasan hadeeth, and he said, this is the strongest report that has been narrated concerning reading Soorat al-Kahf. See: Fayd al-Qadeer, 6/198. It was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 6470)

http://www.dailyhadith.co.uk

ok la..saya berundur dulu..selamat beramal..

Share

Kisah Anak dan Ibu Bapa sebagai Penjaga

Apabila bayi dilahirkan, ibu bapan mereka adalah penjaga mereka. Mereka menyediakan kasih sayang, perlindungan, makanan dan pakaian dan apabila si anak mencapai usia 5 tahun, mereka member pendidikan kepadanya.

Ibu Bapa Sanggup Melakukan apa Saja Demi Anak Tercinta

Ibu bapa akan menjaga si anak dengan penuh kasih sayang, melindungi si anak daripada mara bahaya. Apabila si anak jatuh sakit, merekalah yang berjaga malam merawat si anak yang bertuah itu. Mereka tidak membenarkan walau sekor nyamuk pun mendekati si anak.

Oleh sebab si anak mempunyai penjaga, maka mereka merasa selamat dan terjamin. Jika dia inginkan sesuatu, dia hanya perlu menangis dan akan mendapat apa yang diinginkan.

Namun begitu, sebagai seorang bapa, adakah kita mempunyai penjaga? Siapa penjaga kita sekiranya terjadi kepada kita?

Katakanlah jika kita kehilangan keupayaan untuk bekerja, adakah kita mempunyai kewangan yang secukupnya untuk perbelanjaan diri sendiri? Sekalipun kita mempunyai simpanan, berapa lama simpanan tersebut akan bertahan?

Tidakkah anda ingin memiliki penjaga anda sendiri? Maksud saya sesuatu yang akan menjaga kita jika sesuatu terjadi kepada kita. Penjaga yang sentiasa setia kepada kita di saat teman-teman rapat kita menjauhkan diri daripada kita.

Kalau anda nak tahu siapa yang akan menjaga anda, hubungi saya dengan segera, saya akan tunjukkan suatu perancangan yang akan menjadi penjaga anda, jika anda mengalami hilang keupayaan dan akan melindungi keluarga anda sekiranya anda tiada lagi.

Humaizi
0193726080

Share

Public Dana Ittikal Sequel dilancarkan

Salam,

Memandangkan saya telah declare secara public bermula pada 15 November saya akan menjadi full time Internet Marketer+Islamic Unit Trust Consultant, dengan ini secara rasminya saya akan memulakan posting berkaitan dengan Unit Trust serta Takaful melalui blog ini. Semoga apa yang saya lakukan selepas ini akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Ilahi.

Jom Melabur Dalam Public Ittikal Sequel Fund

Ok, artikel kali ini saya perolehi daripada Public Mutual, mengenai pelancaran sebuah dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011. PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua  Pegawai  Eksekutif  Public  Mutual  Yeoh  Kim  Hong  berkata,  “Ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8%1 dan 5.3%1  dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”

Beliau  bertambah,  “PITSEQ  dilengkapi  dengan  perlindungan  takaful  percuma bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India, Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana. PITSEQ  adalah  sesuai  bagi  pelabur-pelabur  agresif  yang  ingin  mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

Harga terbitan permulaan PITSEQ ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 11 Oktober hingga 31 Oktober 2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan  minimum  ialah  RM100.  Di  sepanjang  tempoh  tawaran  tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITSEQ oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITSEQ dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PITSEQ   diedarkan   oleh   perunding-perunding   unit   amanah   Public   Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.

Humaizi,
Islamic Unit Trust Consultant-Public Mutual

Share

Hijrah 2011: Dari Seorang Pekerja Kepada Usahawan

Salam,

Setelah 10 tahun bekerja makan gaji, aku mengambil keputusan untuk melepaskan diri daripada kongkongan majikan dan memulakan kehidupan sebagai seorang usahawan full time. Mungkin bagi sesetengah orang akan pelik, kenapa aku sebagai seorang graduan LLB tahun 2001, serta baru mendapat Master HR Management pada tahun 2010 sanggup melepaskan kerja sebagai seorang Senior Manager untuk menjadi seorang usahawan? Bukankah itu satu risiko?

Menjadi Usahawan Anda Basan Untuk Tentukan Masa dan Wang Yang Diingini

Memang ini adalah satu risiko..namun, setiap risiko pasti ada habuannya kalau kita betul-betul tahu bagaimana untuk menguruskan risiko tersebut. Bagaimana seorang pekerja boleh kurangkan risiko untuk menjadi full time enterprenuer/ netprenuer?

Nak berhenti  kerja boleh..tapi mulakan pendapatan sampingan anda terlebih dahulu..Sebab tak semua perniagaan boleh terus  Berjaya..unless.anda ada simpanan berjumlah 12 bulan gaji bagi membolehkan anda menampung kehidupan setelah memecat majikan anda.

Setuju atau tidak..siapa yang ada option..pasti tak ingin kerja dengan orang kan? Especially..bila kerja…KPI la..expectation boss la..kena jaga hati boss…politik situ..politik sana..dan yang paling tak tahan…kalau buat macamana pun..tak ada manusia yang akan puashati dengan kerja kita…

Berbalik kepada persoalan..kenapa aku sanggup berhenti? Terus terang aku katakan…aku konfiden untuk berhenti kerja kerana Internet Marketing..aka business online yang telah aku ceburi sejak 3 tahun lepas…kalau baru nak mula business…ish…tak berani la aku nak ambil risikok gak..

Moral of the story kepada sahabat2 yang ingin jadi usahawan…cari bakat anda sekarang…dan tanya..adakah bakat dan minat anda itu boleh hasilkan duit? Kalau ya..itu peluang untuk anda jadi usahawan suatu hari nanti!

Ok…back to the real story…aku ingin bekerja sendiri..kerana Semangat bekerja untuk diri sendiri…sifat manusia..hanya melakukan yang terbaik sekiranya melakukan sesuatu untuk  diri sendiri, terutamanya dalam dunia pekerjaan. Suka atau tidak, lebih daripada separuh pekerja mempunyai ransangan berikut sepanjang karier mereka “ini bukan syarikat saya, kenapa saya perlu bersungguh-sungguh”

Seterusnya..saya inginkan kebebasan…kebebasan untuk menentukan masa sendiri..serta kebebasan untuk menentukan berapa RM ingin dijana setiap bulan!!!

Sekiranya diberi pilihan, ramai yang inginkan kebebasan dalam pekerjaan. Mereka tidak mahu terikat dengan formality yang mengusahakan dan rutin yang sama setiap hari. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan selagi anda bergelar sebagai pekerja. Lebih teruk lagi, kalau anda terpaksa bekerja kerana TERPAKSA. Tiada pilihan lain lagi walaupun kerja yang anda lakukan tidak sesuai dengan jiwa anda.

Bagi pekerja, apa yang nak anda lakukan selepas umur persaraan, iaitu sekarang ni 55? Nak sambung bekerja secara kontrak atau mulakan perniagaan? Terus terang saya katakan, di usia tersebut, amat berisiko untuk berniaga, tambah lagi sekiranya anda menggunakan dana KWSP untuk memulakan perniagaan. Jadi, untuk mengurangkan risiko kerugian atau perniagaan tak jalan, langkah terbaik adalah dengan menjebakkan diri dalam perniagaan dari awal-awal lagi.

Last but not the least, anda sukakan cabaran? Bagi mereka yang gemarkan cabaran, berinovatif dan kreatif, keusahawanan adalah bidang terbaik untuk anda. Golongan sebegini tidak boleh terikat dengan dunia pekerjaan yang akan mengongkong kebebasan berfikir dan semangat juang. Apabila mereka menjadi usahawan, mereka dapat memaksimumkan sepenuhnya idea dan keberanian dalam menterjemahkan serta melakukan setiap perkara. Mereka akan mendapat kepuasan yang sebenarnya dalam hidup!

Anda ingin berhenti kerja seperti saya?  Cuba Tanya diri anda..apa hobi aku ya? Sekiranya anda buat sesuatu yang anda minat/ suka, pasti jalan untuk Berjaya lagi pantas, dan anda boleh harungi segala cabaran dan dugaan dengan tidak penuh positif.

Share

Kereta Mahal dan Mewah Tak Semestinya Sempurna

Salam,

Kereta mahal dan mewah tak semestinya perfect..itulah ungkapan yang aku boleh berikan kepada pemilik sebuah Lamorghini Gallardo yang berharga RM1.6juta. Cerita ini dipaparkan di akhbar The Star pada 24 September 2011.

Lamborghini Terbakar...Kereta Mewah Pun Boleh Jadi Macam ni gak...

Lebih ‘menyayat hati’ kereta sport mewah yang bernombor 18 ini sepatutnya membawa Kekayaan Yang Terjamin kepada pemiliknya…sebab itulah kepercayaan kaum China terhadap nombor 18.

Kejadian ini berlaku pada 23 September berhampiran di Bukit Damansara jam 11.50am. Pemilik Lamborghini ini adalah seorang businessman berusia 31 tahun (inilah yang memotivasikan aku untuk jadi businessman gak ni)…kaya nya dia..

Businessman tersebut tak mahu nama dia didedahkan memberitahu dia membawa kereta tersebut setelah seminggu tidak memandu kereta tersebut untuk memastikan kereta tersebut berada di dalam keadaan yang baik. Namun sebaliknya yang berlaku, semasa dia menuruni bukit di Jalan Beringin, ada asap keluar dari bahagian enjin. Nasib baik dia sempat menyelematkan diri.

Itulah kisah kereta…tak semua kereta mahal itu perfect.dan tak semestinya kereta lebih murah tu tak sempurna..memberi contoh kereta Perodua Kelisa isteri ku..setelah 6 tahun guna..tak pernah sekalipun kereta tersebut memberi masalah kepada kami.

Bagaimana dengan kereta Proton? begitu lah juga..tak semuanya bermasalah..ratio yang bermasalah mungkin kecil, tapi disebabkan oleh majoriti pengguna Malaysia menggunakan kereta Proton, jadi, ratio kecil menjadi besar berbanding dengan Kereta-kereta brand Toyota serta Honda.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share
© AhmadHumaizi.Com