Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat

Powered By WPOptinForm

Assalamu’alaikum.

Seperti yang kita maklum, hari Jumaat adalah penghulu segala hari . Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat. Ada orang yang suka baca Yassin pada malam Jumaat, dan bila membincangkan perkara ini, Ustaz Azhar Idrus menyatakan Surah Yassin boleh dibaca pada hari apa2 saja..jangan khususkan hanya pada hari Jumaat saja.

Kelebihan Surah alKahfi

Namun begitu, pada malam Jumaat, lebih baik membaca Surah Al-Kahfi, kerana tercatit dalam Hadis tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahf pada malam/ hari Jumaat.

Maafkan saya sebab mengambil petikan dari Bahasa Inggeris, tapi ini adalah kandungan hadis tentang kelebihan surah alkahf yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau:

From Abu Sa’eed al-Khudri, who said: “Whoever reads Soorat al-Kahf on the night of Jumu’ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka’bah).”

(Narrated by al-Daarimi, 3407. This hadeeth was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami, 6471)

“Whoever reads Surah al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.”

(Narrated by al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar said in Takhreej al-Adhkaar that this is a hasan hadeeth, and he said, this is the strongest report that has been narrated concerning reading Soorat al-Kahf. See: Fayd al-Qadeer, 6/198. It was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 6470)

http://www.dailyhadith.co.uk

ok la..saya berundur dulu..selamat beramal..

Share

Kisah Anak dan Ibu Bapa sebagai Penjaga

Powered By WPOptinForm

Apabila bayi dilahirkan, ibu bapan mereka adalah penjaga mereka. Mereka menyediakan kasih sayang, perlindungan, makanan dan pakaian dan apabila si anak mencapai usia 5 tahun, mereka member pendidikan kepadanya.

Ibu Bapa Sanggup Melakukan apa Saja Demi Anak Tercinta

Ibu bapa akan menjaga si anak dengan penuh kasih sayang, melindungi si anak daripada mara bahaya. Apabila si anak jatuh sakit, merekalah yang berjaga malam merawat si anak yang bertuah itu. Mereka tidak membenarkan walau sekor nyamuk pun mendekati si anak.

Oleh sebab si anak mempunyai penjaga, maka mereka merasa selamat dan terjamin. Jika dia inginkan sesuatu, dia hanya perlu menangis dan akan mendapat apa yang diinginkan.

Namun begitu, sebagai seorang bapa, adakah kita mempunyai penjaga? Siapa penjaga kita sekiranya terjadi kepada kita?

Katakanlah jika kita kehilangan keupayaan untuk bekerja, adakah kita mempunyai kewangan yang secukupnya untuk perbelanjaan diri sendiri? Sekalipun kita mempunyai simpanan, berapa lama simpanan tersebut akan bertahan?

Tidakkah anda ingin memiliki penjaga anda sendiri? Maksud saya sesuatu yang akan menjaga kita jika sesuatu terjadi kepada kita. Penjaga yang sentiasa setia kepada kita di saat teman-teman rapat kita menjauhkan diri daripada kita.

Kalau anda nak tahu siapa yang akan menjaga anda, hubungi saya dengan segera, saya akan tunjukkan suatu perancangan yang akan menjadi penjaga anda, jika anda mengalami hilang keupayaan dan akan melindungi keluarga anda sekiranya anda tiada lagi.

Humaizi
0193726080

Share

Public Dana Ittikal Sequel dilancarkan

Powered By WPOptinForm

Salam,

Memandangkan saya telah declare secara public bermula pada 15 November saya akan menjadi full time Internet Marketer+Islamic Unit Trust Consultant, dengan ini secara rasminya saya akan memulakan posting berkaitan dengan Unit Trust serta Takaful melalui blog ini. Semoga apa yang saya lakukan selepas ini akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Ilahi.

Jom Melabur Dalam Public Ittikal Sequel Fund

Ok, artikel kali ini saya perolehi daripada Public Mutual, mengenai pelancaran sebuah dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011. PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua  Pegawai  Eksekutif  Public  Mutual  Yeoh  Kim  Hong  berkata,  “Ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8%1 dan 5.3%1  dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”

Beliau  bertambah,  “PITSEQ  dilengkapi  dengan  perlindungan  takaful  percuma bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India, Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana. PITSEQ  adalah  sesuai  bagi  pelabur-pelabur  agresif  yang  ingin  mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

Harga terbitan permulaan PITSEQ ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 11 Oktober hingga 31 Oktober 2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan  minimum  ialah  RM100.  Di  sepanjang  tempoh  tawaran  tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITSEQ oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITSEQ dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PITSEQ   diedarkan   oleh   perunding-perunding   unit   amanah   Public   Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.

Humaizi,
Islamic Unit Trust Consultant-Public Mutual

Share

Hijrah 2011: Dari Seorang Pekerja Kepada Usahawan

Salam,

Setelah 10 tahun bekerja makan gaji, aku mengambil keputusan untuk melepaskan diri daripada kongkongan majikan dan memulakan kehidupan sebagai seorang usahawan full time. Mungkin bagi sesetengah orang akan pelik, kenapa aku sebagai seorang graduan LLB tahun 2001, serta baru mendapat Master HR Management pada tahun 2010 sanggup melepaskan kerja sebagai seorang Senior Manager untuk menjadi seorang usahawan? Bukankah itu satu risiko?

Menjadi Usahawan Anda Basan Untuk Tentukan Masa dan Wang Yang Diingini

Memang ini adalah satu risiko..namun, setiap risiko pasti ada habuannya kalau kita betul-betul tahu bagaimana untuk menguruskan risiko tersebut. Bagaimana seorang pekerja boleh kurangkan risiko untuk menjadi full time enterprenuer/ netprenuer?

Nak berhenti  kerja boleh..tapi mulakan pendapatan sampingan anda terlebih dahulu..Sebab tak semua perniagaan boleh terus  Berjaya..unless.anda ada simpanan berjumlah 12 bulan gaji bagi membolehkan anda menampung kehidupan setelah memecat majikan anda.

Setuju atau tidak..siapa yang ada option..pasti tak ingin kerja dengan orang kan? Especially..bila kerja…KPI la..expectation boss la..kena jaga hati boss…politik situ..politik sana..dan yang paling tak tahan…kalau buat macamana pun..tak ada manusia yang akan puashati dengan kerja kita…

Berbalik kepada persoalan..kenapa aku sanggup berhenti? Terus terang aku katakan…aku konfiden untuk berhenti kerja kerana Internet Marketing..aka business online yang telah aku ceburi sejak 3 tahun lepas…kalau baru nak mula business…ish…tak berani la aku nak ambil risikok gak..

Moral of the story kepada sahabat2 yang ingin jadi usahawan…cari bakat anda sekarang…dan tanya..adakah bakat dan minat anda itu boleh hasilkan duit? Kalau ya..itu peluang untuk anda jadi usahawan suatu hari nanti!

Ok…back to the real story…aku ingin bekerja sendiri..kerana Semangat bekerja untuk diri sendiri…sifat manusia..hanya melakukan yang terbaik sekiranya melakukan sesuatu untuk  diri sendiri, terutamanya dalam dunia pekerjaan. Suka atau tidak, lebih daripada separuh pekerja mempunyai ransangan berikut sepanjang karier mereka “ini bukan syarikat saya, kenapa saya perlu bersungguh-sungguh”

Seterusnya..saya inginkan kebebasan…kebebasan untuk menentukan masa sendiri..serta kebebasan untuk menentukan berapa RM ingin dijana setiap bulan!!!

Sekiranya diberi pilihan, ramai yang inginkan kebebasan dalam pekerjaan. Mereka tidak mahu terikat dengan formality yang mengusahakan dan rutin yang sama setiap hari. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan selagi anda bergelar sebagai pekerja. Lebih teruk lagi, kalau anda terpaksa bekerja kerana TERPAKSA. Tiada pilihan lain lagi walaupun kerja yang anda lakukan tidak sesuai dengan jiwa anda.

Bagi pekerja, apa yang nak anda lakukan selepas umur persaraan, iaitu sekarang ni 55? Nak sambung bekerja secara kontrak atau mulakan perniagaan? Terus terang saya katakan, di usia tersebut, amat berisiko untuk berniaga, tambah lagi sekiranya anda menggunakan dana KWSP untuk memulakan perniagaan. Jadi, untuk mengurangkan risiko kerugian atau perniagaan tak jalan, langkah terbaik adalah dengan menjebakkan diri dalam perniagaan dari awal-awal lagi.

Last but not the least, anda sukakan cabaran? Bagi mereka yang gemarkan cabaran, berinovatif dan kreatif, keusahawanan adalah bidang terbaik untuk anda. Golongan sebegini tidak boleh terikat dengan dunia pekerjaan yang akan mengongkong kebebasan berfikir dan semangat juang. Apabila mereka menjadi usahawan, mereka dapat memaksimumkan sepenuhnya idea dan keberanian dalam menterjemahkan serta melakukan setiap perkara. Mereka akan mendapat kepuasan yang sebenarnya dalam hidup!

Anda ingin berhenti kerja seperti saya?  Cuba Tanya diri anda..apa hobi aku ya? Sekiranya anda buat sesuatu yang anda minat/ suka, pasti jalan untuk Berjaya lagi pantas, dan anda boleh harungi segala cabaran dan dugaan dengan tidak penuh positif.

Share

Kereta Mahal dan Mewah Tak Semestinya Sempurna

Salam,

Kereta mahal dan mewah tak semestinya perfect..itulah ungkapan yang aku boleh berikan kepada pemilik sebuah Lamorghini Gallardo yang berharga RM1.6juta. Cerita ini dipaparkan di akhbar The Star pada 24 September 2011.

Lamborghini Terbakar...Kereta Mewah Pun Boleh Jadi Macam ni gak...

Lebih ‘menyayat hati’ kereta sport mewah yang bernombor 18 ini sepatutnya membawa Kekayaan Yang Terjamin kepada pemiliknya…sebab itulah kepercayaan kaum China terhadap nombor 18.

Kejadian ini berlaku pada 23 September berhampiran di Bukit Damansara jam 11.50am. Pemilik Lamborghini ini adalah seorang businessman berusia 31 tahun (inilah yang memotivasikan aku untuk jadi businessman gak ni)…kaya nya dia..

Businessman tersebut tak mahu nama dia didedahkan memberitahu dia membawa kereta tersebut setelah seminggu tidak memandu kereta tersebut untuk memastikan kereta tersebut berada di dalam keadaan yang baik. Namun sebaliknya yang berlaku, semasa dia menuruni bukit di Jalan Beringin, ada asap keluar dari bahagian enjin. Nasib baik dia sempat menyelematkan diri.

Itulah kisah kereta…tak semua kereta mahal itu perfect.dan tak semestinya kereta lebih murah tu tak sempurna..memberi contoh kereta Perodua Kelisa isteri ku..setelah 6 tahun guna..tak pernah sekalipun kereta tersebut memberi masalah kepada kami.

Bagaimana dengan kereta Proton? begitu lah juga..tak semuanya bermasalah..ratio yang bermasalah mungkin kecil, tapi disebabkan oleh majoriti pengguna Malaysia menggunakan kereta Proton, jadi, ratio kecil menjadi besar berbanding dengan Kereta-kereta brand Toyota serta Honda.

Share

Kamera Speed Trap Polis Dah Canggih

Salam.

Dah lama tak update blog..tak ada cerita menarik..cerita hari Raya pun tak ada yang memberangsangkan untuk diupdate. Cuti raya balik 26 Ogos dan kembali ke KL pada 5 September. Kiranya terlepas jem kali ni..Tahun ni cuti panjang masa raya sebab aku ambil block leave…dua minggu cuti..tapi yang sedihnya..balance leave tinggal lagi 3.5 days..so kena plan la betul-betul..

Aku rasa cerita yang nak dipaparkan dalam posting ni patutnya The Star dah keluarkan sebelum Raya..jadi orang akan takut nak drive laju..Sekarang ni polis dah canggih..ada HD camera lagi…tengok la gambar keratan dari The Star Hari ni, 21 September 2011.

Canggih Kamera Polis sekarang ni ...kita kena lebih hati-hati la...

 

Tengok..ada orang yang dah kantoi..siap boleh tengok muka driver lagi...

 

So, kawan-kawan..berhati-hati la semasa memandu ya…polis ada di mana-mana untuk memastikan anda ‘sedekah’ sebahagian daripada  duit anda kepada kerajaan Malaysia….

wassalam.

 

Share

Ramadhan 1412H…alhamdulillah..ku diberi kesempatan oleh Nya lagi

Salam,

Syukur ke atas ilahi kerana mempertemukan lagi aku dengan Ramadhan 1412 H bersamaan dengan tahun 2011 pada 1 Ogos 2011. Tahun ni agak mencabar di bulan Ramadhan, kerana bekerja di tempat baru, Scope International Sdn Bhd (subsidiary of Standard Chartered Bank UK Ltd) amat berlainan daripada employers aku yang sebelum ini.

Bukan ingin membuka complaint, tetapi inilah tanggungjawab yang aku perlu pikul bagi jawatan Senior Manager. Bukan senang, bukan mudah, banyak responsibility yang aku perlu tunaikan. Bukankah ini yang aku mahukan dan ini adalah Visi aku sebelum ini (hehehe..memujuk diri sendiri)

Minggu pertama puasa, cabaran getir adalah berhadapan dengan Audit Team. Selama ini result is always Green-Red, atau Red-Red, pastinya harapan daripada Head HR untuk aku dapatkan Green-Green. Yang pastinya, aku dan HR team lain hanya dapat lakukan yang terbaik, kerana rata-rata kami adalah new joiners yang less than one year.

Apa2 pun, semasa aku menulis entry ini, audit telah selesai semalam, jadi hari ni lega sikit, banyak perancangan yang aku ingin lakukan sebelum pergi block leave pada 26 Ogos -10 September 2011 nanti.

Semestinya di Ramadhan yang mulia ini, aku mendoakan agar Allah memberi kesihatan yang berpanjangan bagi membolehkan aku beribadat kepadanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku sebelum ini, serta memberikan taufik dan hidayah kepada aku serta kaum keluarga, InsyaAllah.

Setakat ini dulu perkongsian kali ini.

Wasalam.

Share

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Terkini DiUmumkan Oleh PM

Salam,

Rasanya ramai yang tertunggu nak tahu latest MRT Route..akhirnya…PM kita umumkan laluan MRT Terkini tadi, iaitu 8 Julai 2011. Pada pemerhatian aku, tak adalah banyak beza sangat pun dengan sebelum ini…tapi kita saksikannnya..sendiri..

 Ini adalah laporan yang dipetik dari Berita Harian hari ini, 8 Julai 2011.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata projek Lembah Klang My Rapid Transit (MRT) dijangka menjana antara RM8 bilion dan RM12 bilion di segi projek limpahan.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan turut meningkatkan pembangunan hartanah dengan anggaran nilai RM15 bilion di segi hartanah baharu, yang dijangka disiapkan di dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Pendapatan Negara Kasar RM3 bilion diunjurkan dijana berasaskan kenaikan 20 peratus di segi nilai projek komersil dan kediaman antara jejari 0.5 km dan 1.0 km pada laluan MRT itu di dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya semasa pelancaran projek MRT dari Sungai Buloh Kajang.

Najib juga mengumumkan kelulusan jajaran akhir projek MRT itu, yang sebaik disiapkan, akan memanfaatkan lebih 10 juta pengguna.

MRT itu direka bentuk menjadi tulang belakang ke arah mewujudkan rangkaian rel antara bandar yang terdiri daripada Transit Aliran Ringan (LRT) dan Sistem Komuter KTM.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pelancaran dan pengumuman jajaran muktamad, kerja pembersihan tanah akan bermula bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) itu, iaitu laluan MRT pertama yang dikhususkan bagi inisiatif Greater Kuala Lumpur.

MRT itu adalah projek infrastruktur awam terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi.

“Projek itu akan menyaksikan permulaan kerja tanah di tiga lokasi sepanjang jajaran itu di Sungai Buloh, Cochrane dan Semantan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan kajian kemungkinan yang sedang dilaksanakan bagi mengkaji daya maju menyambung sistem itu ke Johor Bahru dan Pulau Pinang.

“Inisiatif itu adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang SPAD bagi memastikan sistem MRT dan rangkaian pengangkutan yang lebih meluas boleh digunakan oleh setiap lapiran masyarakat,” katanya.

“Pembinaan laluan Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 km itu akan bermula pada November apabila pakej tender pertama diberikan,” katanya, sambil menyatakan bahawa projek itu dijadualkan disiapkan pada 2016 dan memulakan operasi pada Januari 2017.

“Sebaik beroperasi, projek MRT Lembah Klang itu akan mempunyai 31 stasen, dengan lapan stesen bawah tanah,” katanya.

Akan terdapat empat stesen pertukaran (interchange) yang menghubungkan Laluan Komuter KTM, Laluan LRT Ampang dan Laluan LRT Kelana Jaya.

Share

Emel Lawak Dari Rohana Azmi

Salam,

Tak tau lah kalau ada sesiapa yang pernah terkena dengan kegiatan scammers macam ni. Alkisahnya, aku banyak kali terima emel yang konon-kononnya nak ajak kita buat bisness dengan mereka. Emelnya sebegini, aku copy paste:

Assalamualikum,
Terlebih dahulu,saya perkenalkan diri saya,saya ROHANA BINTI AZMI dari London (United Kingdom),ingin berkenalan dengan tuan-tuan dan puan-puan di sana.


Saya ingin mengajak tuan-tuan/puan-puan kepada satu peluang niaga yang amat menarik,bagi anda yang minat berniaga…Inilah peluang anda!!!

Produk ini di namakan(MULITE CLEANSER) Dan gunanya untuk mencuci perhiasan seperti batu permata yg masih mentah/yg sudah pun di process dan juga barangan kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Dan pada masa yang sama Company tempat saya bekerja perlukan MULITE CLEANSER,dimana mineral tersbut boleh didapati melalui pembekal di Malaysia.
Jadi bagi anda yang berminat dengan urus niaga ini,saya ingin anda menjadi Agent untuk menjual produk tersebut ke pada company tempat saya bekerja,(Anda membeli produk tersebut dari pembekal yang di malaysia terlebih dahulu dengan harga 2.250USD per carton dan menjual balek ke pada company tempat saya bekerja dengan harga 7.500USD per carton).

Yang terpenting Niat dan ikhlas untuk mencari rezeki semata-mata kerana Allah. Insya allah, Allah akan membantu kita untuk kita mencari rezeki yang halal dan berkat saya ingin anda buat keputusan yang bijak, anda mampu mengubahnya..Insya allah’

Sekiranya ada berminat atau ada sebarang pertanyaan, sila balas email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon: Insya allah saya cuba membantu anda. Semoga ikatan silaturrahim sesama kita diberkati Allah. Selamat berkenalan.
Ikhlas Dari
Rohana Azmi

hammmboooi…bukan main warak lagi kandungan emel tu..siap diberkati Allah lagi… kalau korang nak cuba-cuba..ok lah…main-main je dengan minah tu…tapi kalau nak serius..waraskanlah fikiran anda ya…hehehe

Selamat beramal..

Share

Renovate a.k.a Ubahsuai Rumah?

Begitu pantas masa berlalu. Rumah SemiD yang kami beli di Saujana Impian, kini telah siap dan dapat CF. Developer sudah hantar Vacant Possession, sekarang ini menunggu bank release final payment, then baru kami akan terima kunci. Malam ini aku mencari-cari tips tentang ubah suai rumah, dan terjumpa tips yg disiarkan di Berita Harian pada 2 Mei 2010. Tajuk artikel adalah, Syarat ubah suai rumah yang dikarang oleh Hamidon Abdullah.

Sumber kewangan, pemilihan perunding dan kontraktor perlu diutama

Rumah Baru kami, Sapphire Semi D, Saujana Impian

PENGUBAHSUAIAN rumah bagai satu kemestian dalam aliran gaya terkini. Kenapa pemilik kediaman ingin mengubahsuai rumahnya? Ini soalan yang perlu dijawab setiap pembeli rumah. Usaha ini dikatakan perlu apabila pihak pemaju gagal mengambil kira keperluan semasa manakala arkitek terbabit tidak melakukan kajian terperinci kehendak bakal pembeli, terutama bagi menyediakan keperluan ruang optimum. Akibatnya, pembeli mengambil keputusan mengubahsuai bagi mewujudkan ruang sempurna dan selesa.

Jawapan lazim apabila membincangkan pengubahsuaian ialah ruang sedia ada tidak berupaya menampung keperluan seluruh penghuni dan ini mungkin disebabkan bilangan keluarga sudah bertambah. Selain itu, perancangan ruang tidak cekap, penggunaan bahan tidak sesuai di samping bukaan tingkap dan pintu tidak memenuhi kehendak semasa.

Walau apapun jawapan diterima, pengubahsuaian perlu dilaksanakan sama ada ia dalam skala besar mahupun kecil. Sebelum pengubahsuaian dilakukan, aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah sumber kewangan dan pemilihan perunding dan kontraktor.

Sumber Kewangan

Sebelum timbul idea mengubahsuai rumah, perkara pertama perlu difikirkan adalah sumber kewangan untuk menampung kos pembinaannya. Jika ada pun, adakah ia mencukupi bagi menampung keseluruhan idea pengubahsuaian? Antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk:

# Mengenalpasti belanjawan realistik.
# Bandingkan jumlah mampu untuk dibelanjakan dengan nilai pengubahsuaian.
# Sekiranya ingin membuat pinjaman, buat perbandingan dengan institusi kewangan atau bank berdaftar dan minta nasihat dari rakan atau saudara yang pernah melakukannya.
# Bagi yang tidak pasti, aturkan rundingan bersama juru reka bentuk dalaman profesional untuk nasihat serta cadangan. Harus diingat, perunding akan mengenakan beberapa peratus bayaran terhadap setiap khidmat rundingannya.
# Jika tidak memerlukan perunding reka bentuk dalaman, buat perbandingan sebut harga dan bekalan barang membabitkan beberapa kontraktor dan pembekal.
# Lebih banyak pengubahsuaian dibuat maka lebih tinggi kosnya selain sumber kewangan tambahan diperlukan untuk pembelian perabot dan kemasan baru.
# Belanjawan teratur dan sumber kewangan jelas membantu kita membuat keputusan serta menyusun jadual supaya pengubahsuaian siap mengikut jadual ditetapkan.
# Dalam menilai cadangan ubahsuai, anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya tiga cadangan harga daripada kontraktor dan perunding perekabentuk dalaman. Amat penting untuk mendapatkan tiga anggaran harga untuk kita memilih kontraktor yang mampu menawarkan harga berpatutan.
# Pastikan setiap anggaran adalah tepat dan menyeluruh mengikut cadangan dan ia hendaklah direkodkan untuk rujukan. Sekiranya tidak dibuat secara bertulis, kemungkinan berlaku pertukaran jumlah harga seterusnya menyebabkan bajet melebihi anggaran. Ini dipanggil kos tersembunyi yang mungkin menimbulkan pelbagai masalah.

Pemilihan Perunding dan Kontraktor

Pilih perunding reka bentuk dalaman dan kontraktor yang mampu menawarkan harga menguntungkan.

Fungsi perunding reka bentuk memberi khidmat nasihat dan membuat cadangan reka bentuk secara profesional.

# Membuat lakaran cadangan dalam bentuk dua dimensi iaitu pelan, keratan dan pandangan sisi.
# Membuat lakaran cadangan dalam tiga dimensi iaitu pandangan perspektif.
# Membuat anggaran kos, pilihan kemasan dan jadual pembinaan.
# Menyedia kerja-kerja pembinaan mengikut cadangan dan butiran yang dipersetujui.
# Membuat permohonan untuk mendapat kelulusan dari pihak penguasa tempatan (PBT) dan hal-hal berkaitan kelulusan pembinaan pengubahsuaian.

Kontraktor atau jurubina adalah mereka yang melaksana pembinaan mengikut cadangan disediakan oleh perunding reka bentuk dalaman berdasarkan arahan dari segi lukisan pelan dan binaan yang disediakan. Kontraktor akan menyediakan kos pembinaan berdasarkan pilihan bahan dan nilai kerja yang perlu dilakukan dan perlu menyiapkan kerja mengikut jadual dan memohon bayaran berdasarkan kos yang dipersetujui mengikut sebut harga dan kontrak.

Perlu diingat, kontraktor tidak boleh sewenang-wenang membuat kerja yang bukan skop kerja dan memohon bayaran tanpa dipersetujui oleh tuan rumah dan perunding.

Sebelum melantik baik perunding reka bentuk mahupun kontraktor, anda dinasihatkan berhati-hati terutama mereka yang cuba menipu. Cari perunding yang berdaftar dengan badan reka bentuk profesional kerana mereka ada skala yuran profesional yang perlu diikuti. Kaji dan selidik keupayaan perunding dan kontraktor dengan merujuk kerja-kerja yang pernah dilakukan.

Selepas menyelidik dan berpuas hati, barulah keputusan dibuat. Jangan buat apa-apa pembayaran sehingga kontraktor membuat kerja-kerja awalan dan bayar hanya atas nilai kerja yang dilakukan atau mengikut kemajuan kerja. Setiap kerja dilakukan mesti mempunyai jaminan terhadap kesan kecacatan kerja dan kontraktor perlu membaiki sebelum semua pembayaran dibuat.

Pilihan berdasarkan cadangan dan sokongan rakan yang pernah berurusan dengan kontraktor atau juru reka terbabit bagi membantu kita mengkaji keupayaan dan seterusnya menjalinkan hubungan komunikasi yang baik dengan mereka.

Sebelum membuat sebarang keputusan, pemilik kediaman dinasihatkan memilih juru reka dan kontraktor berdaftar, baik dalam dokumentasi kontrak mahupun pengurusan projek sistematik. Mempunyai rekod baik dalam keupayaan tahap kerja terdahulu selain mampu berkomunikasi dengan baik.

Risiko utama pengubahsuaian rumah biasanya membabitkan masalah kewangan pemilik ataupun kontraktor lari sebelum kerja selesai. Justeru, bagi memastikan masalah tidak timbul, jadikan beberapa peringatan diutarakan tadi sebagai panduan. Peringatan ini penting bagi melancarkan kerja pengubahsuaian selain memastikan pemilik rumah mendapat kediaman idaman yang diimpikan.

 

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share
©