Home » Public Mutual » Public Dana Ittikal Sequel dilancarkan

Public Dana Ittikal Sequel dilancarkan

Powered By WPOptinForm

Salam,

Memandangkan saya telah declare secara public bermula pada 15 November saya akan menjadi full time Internet Marketer+Islamic Unit Trust Consultant, dengan ini secara rasminya saya akan memulakan posting berkaitan dengan Unit Trust serta Takaful melalui blog ini. Semoga apa yang saya lakukan selepas ini akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Ilahi.

Jom Melabur Dalam Public Ittikal Sequel Fund

Ok, artikel kali ini saya perolehi daripada Public Mutual, mengenai pelancaran sebuah dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011. PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua  Pegawai  Eksekutif  Public  Mutual  Yeoh  Kim  Hong  berkata,  “Ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8%1 dan 5.3%1  dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.”

Beliau  bertambah,  “PITSEQ  dilengkapi  dengan  perlindungan  takaful  percuma bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.”

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India, Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana. PITSEQ  adalah  sesuai  bagi  pelabur-pelabur  agresif  yang  ingin  mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

Harga terbitan permulaan PITSEQ ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 11 Oktober hingga 31 Oktober 2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan  minimum  ialah  RM100.  Di  sepanjang  tempoh  tawaran  tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITSEQ oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITSEQ dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PITSEQ   diedarkan   oleh   perunding-perunding   unit   amanah   Public   Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5 juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.

Humaizi,
Islamic Unit Trust Consultant-Public Mutual

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share

2 Responses

  1. siti aminah says:

    ada peluang lagi untuk labur akau ittikal.
    boleh tunjukkan cara bagaimana hendak melabur dengan lebih menguntungkan

    • Humaizi says:

      Salam Siti..masih ada peluang utk melabur dalam public ittikal dengan skim pelaburan kwsp, atau cash guna public ittikal sequel..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

©