Panduan Memilih Medical Card

Medical Card

Medical Card merupakan satu medium dimana  membolehkan anda mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta selain di Hospital Kerajaan. akan membantu menyelesaikan bil sospital anda yang besar. Tahukah anda masih ramai rakyat Malaysia masih tidak memiliki  medical card dan ramai yang berhutang Kad Kredit dan pinjaman peribadi untuk jelaskan kos perubatan hospital swasta yang tinggi? Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan menguruskan pinjaman. AKPK, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

medical card

Sehubungan dengan itu, seseorang yang bijak merancang kewangan pasti menyedari tentang keperluan memiliki medical card adalah seperti memiliki Insurans Kenderaan Motor serta MRTA bagi pinjaman perumahan.  Anda tidak perlukan medical card sekiranya anda telah mempunyai wang melebihi 100 juta, kerana wang tersebut sudah cukup untuk menyara kos perubatan anda sekiranya perlu.

Jadi, apa fungsi  Medical Card?

Fungsi adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card,  anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.

Apa yang patut anda ketahui sebelum mempertimbangkan untuk memiliki Medical Card?

a. Had Bilik & Penginapan Hospital– Anda perlu tentukan kos bilik Hospital di kawasan anda. Boleh cek di laman web hospital, berapakah kos harga untuk Room and Board Single Room, Double and Triple. Jadi anda tentukan samada anda ingin memilih pelan untuk Room and Board 100, 200, 300, 500 atau lebih lagi.

b. Co-Payment Takaful . Ada syarikat yang mempunyai co-insurans atau co-takaful sebanyak 10% limit kepada RM500 atau RM1000. Ada juga yang tiada co-takaful langsung. Namun pastinya underwriter Takaful telah bijak menyusun strategi, kalau tiada co-takaful, mereka akan lebihkan kepada caj Tabarru’, kurangkan limit tahunan , kos rawatan sususal cancer serta hemodialisis dan sebagainya. Jadi, Anda tentukan sendiri selepas berbincang dengan agent takaful, mana lebih baik untuk anda.

c. Had Tahunan dan had seumur hidup adalah salah satu factor yang patut anda pertimbangkan untuk menentukan medical card terbaik untuk anda dan keluarga.

d. Had Umur. Maksud saya di sini adlah tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum 70 tahun, 80 tahun, 85 tahun, 99 tahun. Bukanlah bermakna mengambil had umur sehingga 99 yang terbaik, kerana makin berusia, makin meningkat kos perubatan. Jadi, anda boleh memilih pelan yang secara logiknya berapakah average jangka hayat rakyat Malaysia. Saya sarankan pelan sehingga umur 80 tahun sudah mencukupi.

e. Kos Rawatatan Kanser Pesakit Luar serta Kos Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar. Ada syarikat yang mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada had tahunan, contohnya dengan mengehadkan kos dialysis sehingga RM30,000 saja. Jadi, Klaus ini tersangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk dialysis.

Sebenarnya banyak lagi perbandingan untuk medical card, anda pastinya boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perbandingan terperinci daripada Agent Takaful yang mesra dan peramah (ehem..ehem..seperti saya laa…)

 

Adakah Masih Sempat Untuk Mengambil Plan Ini Pada Umur 55 @ Selepas Pencen?

Ini Adalah Soalan Biasa Yang Saya Dengar Dari Orang Ramai kerana majikan telah menyediakan medical card sebagai salah satu kemudahan untuk pekerja. Tetapi perlu diingatkan Premium atau jumlah bayaran bulanan akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.

Sekiranya anda mampu membayar medical card yang mahal sekalipun, permohonan medical card anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit. Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP dam ingin menggunakan dana tersebut untuk membeli medical card, tetapi tiada gunanya lagi kerana kemungkinan anda telah menghidapi penyakit sewaktu usia begitu adalah tinggi. Jadi, tiada pilihan lain dan anda terpaksa menggunakan dana persaraan daripada KWSP untuk membayar kos rawatan hospital yang makin lama makin melambung.

*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan kad perubatan @ medical card. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh mana-mana Syarikat Takaful atau Insurans. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad?  Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30,000 setahun untuk bil perubatan hospital mereka.

Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil kad perubatan @ medical card? Mereka menjawab “Selama ini, bil klinikal, bil pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetis saya RM50,000 pun dibayar oleh syarikat”

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar. Tiada mana-mana syarikat insurans pun akan melindungi anda lagi.

Dan yang paling penting kita perlu ingat adakan kita boleh guarantee kita akan bekerja selama-lamanya di syarikat tersebut dan juga adakan performance syarikat akan bertahan sampai bila-bila? Sekiranya syarikat ada masalah kewangan perkara pertama yang akan ditarik balik tentulah manfaat yang diberikan kepada pekerja.

Saya harap  dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih yang sesuai untuk keperluan anda dan keluarga. Saya amat berharap perkongsian ini dapat member manfaaat, dan saya amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik secara percuma untuk anda bagi membuat keputusan untuk memilih yang memenuhi keperluan anda dan keluarga. InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut mengenai medical card, anda boleh layari link ini  www.kadperubatantakaful.com
atau hubungi saya Humaizi, 0193726080

 

Medical Card

One Comment

  • Hi, bolehkah menerangkan tentang perbezaan medical card antara klaus pembaharuan terjamin dan klaus pengeluaran portfolio? TQ.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *