Home » Umum » Pengeluaran KWSP Langkah Bijak atau Kurang Bijak?

Pengeluaran KWSP Langkah Bijak atau Kurang Bijak?

Powered By WPOptinForm

Pengeluaran KWSP

Dalam posting kali ini, saya amat tertarik untuk share info yang saya baca dalam majalah Personal  Money Edisi Ogos 2007. Wartawan Majalah tersebut telah menemuramah beberapa orang consultant dan Certified Financial Planner, antaranya daripada Watson Wyatt Sdn Bhd. Topik yang saya ingin kongsi di sini adalah mengenai pengeluaran KWSP.

Ada 2 Jenis Pengeluaran KWSP yang diklasifikasikan sebagai Pengeluaran KWSP yang  BIJAK dan satu lagi Pengeluaran KWSP yang KURANG BIJAK.

Pengeluaran KWSP Yang Bijak

Pengeluaran KWSP yang bijak oleh pencarum adalah pertama dengan membuat pelaburan ke dalam unit amanah. Yang kedua, Membeli hartanah.

Untuk pengeluaran KWSP bagi tujuan pelaburan ke unit amanah seperti Public Mutual or CIMB Wealth Management, ianya adalah bergantung kepada profile risk anda. Sekiranya anda masih muda dan mempunyai masa lebih kurang 15-30 tahun lagi untuk bersara, adalah amat disarankan agar anda membuat pelaburan bagi tujuan mendapat pulangan dividend yang tinggi. Untuk mendapat pulangan yang tinggi, risiko juga adalah tinggi, seperti dana equity. Namun, umur masih muda dan masa untuk pencen masih panjang membolehkan anda memasuki dana sebegini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengeluaran pelaburan KWSP, anda boleh download ebook saya di dalam laman web www.kwsp.org

Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP untuk membeli rumah pertama adalah langkah bijak

Ok, berbalik kepada pengeluaran ke dua..pengeluaran KWSP untuk pembelian hartanah, atau rumah pertama anda. Hartanah memang lah sentiasa naik, tapi tips untuk membeli rumah..lokasi adalah perkara yang amat penting..bayangkan kalau anda beli hartanah di tempat jin bertendang…(kat mana ya? …tempat yang tiada pembangunan )..jadi harga hartanah tersebut tak meningkat…so kiranya tak untunglah buat pengeluaran KWSP. Selain daripada lokasi, factor ansuran bulanan juga perlu diambil kira oleh anda.

Majalah Personal Money edisi Ogos2007 juga menyarankan beberapa langkah yang KURANG BIJAK sekiranya anda buat pengeluaran KWSP untuk membiayai pendidikan anak-anak…namun begitu, pada pendapat saya, sekiranya pengeluaran untuk pendidikan diri sendiri..ianya amat bagus..sebab boleh dikira sebagai satu pelaburan untuk anda dan masa depan.

Pengeluaran KWSP Kurang Bijak

Seterusnya, pengeluaran KWSP adalah dianggap kurang bijak oleh editor majalah sekiranya anda gunakan untuk membayar bil hospital bagi critical illness kerana ianya akan menjejaskan dana pencen anda serta tidak mendatangkan pulangan seperti pelaburan.

Kalau anda perasan, langkah kurang bijak pengeluaran KWSP ini adalah natijah daripada tiada perancangan kewangan oleh individu. Sekiranya pencarum telah memiliki Dana Pendidikan anak-anak dari awal samada dengan melabur dalam unit amanah ataupun membeli Takaful Pendidikan..perkara ini boleh dielakkan.

Pengeluaran KWSP

Simpanan KWSP Bukan Saja Untuk Persaraan...Manfaatkan Sepenuhnya

Sama juga dengan penyakit kritikal, bila sakit, mungkin ada rasa sikit penyesalan dalam hati “kenapalah aku tak ambil takaful dari awal-awal lagi?”….jadi…anda setuju tak dengan saya..perancangan kewangan amat penting sebab kita tak akan merasai kesusahan akibat kegagalan kita merancang, sehinggalah ‘batu ‘ menghempap ke badan kita.

Ok, setakat ini dulu perkongsian dari saya untuk hari ini…Wassalam.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

©