Home » Public Mutual » Public Mutual Melancarkan Dana Public Dana Islamic Savings

Public Mutual Melancarkan Dana Public Dana Islamic Savings

Powered By WPOptinForm

Public Mutual

Assalamualaikum,

Saya ada berita gembira untuk anda semua hari ini. Saya pasti anda adalah seorang yang pentingkan perancangan kewangan dan ingin kembangkan Wang Simpanan Anda Dengan Public Mutual.

Berikut adalah Press Statement yang diambil daripada memo yang dikeluarkan oleh Public Mutual.

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan sebuah dana Islam baru, Public Dana Islamic Savings (PISVF) pada 15 Disember 2011.

public mutual

Gandakan Simpanan Wang Anda Dengan

PISVF ialah sebuah dana ekuiti pendapatan Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai pelaburan terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik.

Dana ini memfokus kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang telah menunjukkan konsistensi dalam memberi  ganjaran  kepada  pemegang-pemegang saham  mereka  melalui pembayaran dividen. PISVF juga melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PISVF memfokuskan pelaburannya terutama dalam pasaran domestik, dana ini menawarkan pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang.  Prestasi sektor-sektor patuh Syariah terpilih dalam ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang bertahan bagi jangka masa lebih panjang.”

PISVF memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam sebuah portfolio pelbagai saham mewah, saham bertumbuh dan saham terkurang nilai patuh Syariah yang mengagihkan atau mempunyai potensi untuk mengagihkan dividen yang menarik.

Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011  disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah,  saham- saham tersenarai di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura,  Taiwan,  Korea Selatan,  Jepun,  Hong Kong,  Negara Thai,  Indonesia, Filipina, Luxembourg dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PISVF adalah di antara 75% hingga 98% daripada NAB dana. PISVF  adalah  sesuai  bagi  pelabur-pelabur  yang  bersifat  sederhana  dalam menerima risiko dan ganjaran serta memberi keutamaan untuk menerima pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder

Harga terbitan permulaan PISVF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 16 hari dari 15 hingga 30 Disember 2011. Pelaburan  permulaan  minimum  bagi  dana  ini  ialah  RM1,000  dan  pelaburan tambahan  minimum  ialah  RM100.

Di  sepanjang  tempoh  tawaran  tersebut, bayaran  perkhidmatan  promosi  istimewa  serendah  5%  daripada  harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PISVF oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PISVF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif.

PISVF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual (seperti saya..ehem..ehem..) Pelabur- pelabur yang berminat boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Untuk makluman anda, Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 91 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai 2.6 juta pemegang akaun dan pada 31  Oktober 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.7 bilion.

Public Mutual

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

©