Pelaburan KWSP Merugikan Pencarum KWSP?

Kwsp

Salam,

Pernah saya jumpa seorang prospek, beliau telah reject cadangan saya untuk mendengar tentang pelaburan kwsp..beliau kata..”saya dengar kawan-kawan saya cakap pelaburan kwsp dalam unit trust merugikan..tak pernah untung”…

Tuan-tuan dan puan-puan….

Nasihat Kawan? Nasihat PERCUMA dari seorang yang bukan dalam PROFESION tersebut? Adakah dia tahu Ilmu berkenaan unit trust? Dana apa yang dilaburkan?

Itulah antara persoalan yang saya timbul simpati terhadap Prospek tersebut kerana beliau telah meletakkan diri beliau di dalam kerugian kerana mendengar nasihat PERCUMA dari orang yang bukan dalam PROFESION dan tidak BERTAULIAH….

Saya tak nak berceloteh panjang pasal prospek tersebut, kerana dalam posting hari ini, saya nak share kenapa sebagai ahli KWSP, anda seharusnya berfikir 100 kali untuk TIDAK melabur dalam unit trust.

 

KWSP Meluluskan Pelaburan Akaun 1 ke Unit Trust

Pelaburan ke dalam Unit Trust di luluskan oleh KWSP. Jadi kenapa anda sebagai pencarum perlu risau sebab KWSP pastinya telah menjalankan penyelidikan dan kajian tentang pelaburan KWSP sebelum membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari akaun 1. Untuk pengetahuan anda, akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan untuk tiga tujuan sahaja

  • Apabila anda meninggalkan dunia ini.
  • Kedua, apabila anda berumur 55 tahun
  • Ketiga, untuk pelaburan unit trust.

 

Pesara Tak Cukup Simpanan Selepas Pencen

Beberapa kajian yang dibuat menunjukkan ramai pesara di Malaysia menghabiskan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun. Memandangkan purata ‘life expectancy’ rakyat Malaysia adalah 75 tahun, dan  bersara ketika berumur 55 tahun, kita ada 20 tahun selepas persaraan untuk meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada wang simpanan KWSP.

kwsp
Rancang Persaraan Anda Dari Awal

Sekiranya anda mula berkerja dan mula mencarum simpanan KWSP ketika berumur 25 tahun dan tidak pernah langsung mengeluarkannya sehinggalah anda bersara ketika umur 55 tahun, mungkin jumlah simpanan yang terkumpul adalah agak tinggi. Tetapi rata-rata daripada kita akan mengeluarkan sebahagian dari simpanan tersebut untuk pembelian rumah, perubatan, pendidikan dan lain-lain tujuan seperti yang dibenarkan oleh KWSP. Akibatnya simpanan yang akhirnya tinggal untuk persaraan terlalu kecil untuk menampung kegunaan selepas persaraan.

Secara umumnya masyarakat kita sekarang mendirikan rumahtangga dalam usia yang lebih lewat jika dibandingkan dengan generasi-generasi yang lalu. Ini menyebabkan di usia ketika anda mula menempuh persaraan, sebahagian daripada simpanan KWSP mungkin perlu digunakan untuk kos pendidikan anak-anak yang baru mula menempuh alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi.

Pastinya anda mahu menjadi Jutawan dengan simpanan KWSP selepas persaraan, betul kan? Hanya dengan pelaburan KWSP boleh merealisasikan impian anda.

 

Inflasi mengecutkan Nilai Simpanan KWSP

Musuh yang paling besar terhadap perancangan kewangan ketika persaraan adalah inflasi. Ketika anda masih berkerja, kesan inflasi mungkin tidak terlalu ketara kerana mungkin dapat diimbangi oleh kenaikan gaji anda. Tetapi diwaktu persaraan kadar pendapatan anda selalunya tetap dan tiada kenaikan manakala kadar inflasi selalunya semakin meningkat. Kadar inflasi juga menghakis pulangan dividen KWSP. Sebagai contoh kadar inflasi pada tahun 2011 ialah sekitar 4%.

 

Wahai Sahabatku….

 

Disebabkan itulah KWSP telah memberi kebenaran kepada pencarum untuk membuat pilihan mengalihkan sebahagian daripada wang simpanan KWSP mereka untuk membolehkan ia ‘berkerja’ untuk menjana pulangan yang lebih tinggi melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Bayangkan juga berapa banyak wang simpanan KWSP anda boleh berganda jika anda benarkan ia ‘berkerja’ selama 10 tahun? 15 tahun ? 20 tahun? Ini semua hampir pasti TIDAK akan tercapai jika anda hanya biarkan keseluruhan wang simpanan anda di KWSP. Usah berlengah lagi, setiap kali anda bertangguh, anda kehilangan potensi gandaan yang amat besar!! Setiap tahun yang berlalu, anda telah RUGI  masa yang amat berharga untuk mengandakan wang persaraan anda! Dan bukankah masa adalah wang…masa adalah emas?

Humaizi
019-3726080

Kwsp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *